Aku sebenarnya tengah risau ni. Minggu lepas Qistina tiba-tiba tak berapa sihat. Dia kena kayap. Mungkin ramai yang tahu kayap ni tapi pada yang tak tahu tu aku pun tak tau camne nak explain. Aku pun tak tau apa puncanya sebab mula-mula aku ingat cuma ruam biasa je tp bile dah jadi merah menyala je kat tempat cam ruam tu aku rasa lain macam je. Pas tu bile mertua aku tengok terus dia kata itu kayap.
Mertua aku cakap kene cepat bawa berubat sebab kalau dibiarkan lama nanti lagi bahaya. Dari apa yang aku dengarlar kalau dah jadi cam kayap ular... dia merebak kat sekeliling bila bertemu boleh membawa maut. Bila dengo cam tu lagilar aku takut cepat-cepat aku cakap kat Khairol bawa Qistina berubat. Mertua aku cakap kalau kayap ni sesuai berubat secara kampung. Kebetulan ada seorang Pakcik yang pandai mengubat dekat dengan rumah aku kat Kampung Tiram. Jadi hari Jumaat ari tu lepas tarawikh kami pun bawalah Qistina ke rumah Pakcik tu. Aku tak kisah asalkan Qistina sihat.
Bila Pakcik tu tengok kayap kat badan Qistina tu dia pun cakap kalau biarkan memang akan melarat tapi dia cakap tak ada apa-apa. Pakcik tu jampikan air dan bedak sejuk untuk minum dan sapu kat tempat kena kayap tu. Pakcik tu kata dia cuba je tapi insya-Allah akan sembuh. Sampai ke hari ini alhamdulillah aku tengok kayap tu tak merebak sangat dah. Cuma aku kesian kat Qistina bila aku nak sapu bedak sejuk kat tempat kene kayap tu dia cakap sakit. Aku terpaksa kontrol la rasa kesian tu sebab nak dia cepat baik. Walaupun macam tu Qistina lasak semacam je tak macam sakit pun. Berlari sana, berlari sini, lompat sana, lompat sini jadi itu yang melegakan sikit hati aku. Ye lar kalau dia melepek jer demam lagilar risau aku.
Sekarang ni kena kontrol sikit apa yang Qistina makan sebab dia tak bole makan seafood, ayam, telur ayam tapi kalau ayam kampung bole dan benda-benda yang bole mendatangkan gatal. Harap-harap masa hari raya nanti Qistina sembuh sepenuhnya. Doa-doakan yer.
Lina
6 comments:
Ya Allah...sian nya..
meremang bulu roma baca ni..
mudah mudahan Qistina cpt sembuh ye..amin..
alaa ciannye...
dia cam bersisik ek..
ko kena jaga btol makanan dia tau..kalo idak lg truk..
buyut >>> thanx ek buyut... harap2 cam tu lar
ena >>> mmg pun jg betul kdg2 sian jugak klu dia mintak nak makan... aku cakap tak bole dia senyap jer
Lina...qistina mcmana....mmg kena pantang tau segala makan tu...alah, siannyer dia...takper..pantang sikit asalkan sihat....
kak.. nape jadi camtu.. melasak sangat budak ni..
akk...
letak cream la...
jgn bg benda yg gatal2...
jgn bg dia garu kat kawasan tu.....nt leh jangkit taw....
so..camne..qist da okie ker?
Post a Comment