Monday, September 22, 2008

Pasar Ramadan Lagi

Ke mana ye kami pada hari Sabtu yang lalu? Biasanya bile hari cuti ni Khairol mesti ajak jalan-jalan. Kalau bulan puasa ni dah tentu diajaknya ke Pasar Ramadan. Oleh kerana di Kuantan dah hampir semua Pasar Ramadan kami pergi jadi pada hari cuti tu Khairol ajak ke luar Kuantan la pulak.

Siapa-siapa yang duduk kat Kuantan mesti tahu ke mana arah tuju kami. Kami ni menuju ke sebuah daerah yang berdaulat.

Sebelum pergi ke tempat yang dituju kami singgah dulu kat rumah Mak Ngah Khairol. Oleh kerana rumahnya melalui tempat bersemayam Sultan Pahang jadi aku pun ambil kesempatan mengambil gambo mana-mana yang patut.

Dari rumah Mak Ngah barulah kami menuju ke Pasar Ramadan di tengah-tengah bandar Pekan Bandar DiRaja. Ramai juga orang masa tu.

Khairol tengah menunggu giliran untuk membeli makanan yang famous di Pekan kerana ibu mertuaku begitu suka dengan makanan itu hehe.

Inilah dia Laksa Pahang. Ada sesetengah orang panggil Laksa Kuah Masak. Tak taulah kenapa dipanggil macam tu. Aku minat juga laksa ni tapi tak dapat menandingi minatku terhadap Laksa Penang hehe.

Tengoklah anak daraku ini, tak kira dah kat mana ke, ikut dia je lar nak landing ke apa. Tiang khemah gerai pun bole.

Kami terpaksa memendekkan tempoh lawatan kami kerana anak daraku telah membuat perangai hingga membuatkan Khairol sampai keluar api di kedua-dua belah telinganya dan menghadiahkan satu cubitan manja di paha Qistina. Akhirnya yang kami bawa balik cuma Laksa Pahang, kuih dan air untuk Qistina.


Ini masa kami dalam perjalanan balik ke Kuantan semula. Qistina dah mula ceria semula . Kami ni mengejar waktu untuk sampai ke Kuantan sebelum waktu berbuka. Apa ye menu berbuka kami pada hari tu?

Bersambung...

3 comments:

Unknown said...

wahhhh
ajin sungguh ko menjelajah satu kuantan p PARAM ek..
ngalahkan show dalam tv la plak ekekek

yada said...

qistina tu asik wat perangai je la.... ;)

Lina said...

ena >>> a'ah ek patut aku buat rancangan jalan2 ke pasar ramadan hehe...

huda >>> tu lar pasal mmg tak dengar cakap org langsung ikut kata dia jer... yg marah sgt tu sbb dia taknak dipegang tangan...

Share |