Selepas majlis bertunang, majlis makan-makan la kan. Kami dijamu dengan nasi minyak, ayam masak merak, gulai daging dan nenas (tak tau nenas tu masak ape). Juga ada kuih-muih.
Emm... mak mertua aku tu kusyuk betul makan ape ek?
Sebenarnya inilah yang mak mertua aku dan yang lain-lain tu kusyuk sangat. Dekat kampung tu sekarang ni tengah musim buah duku... mak mertua aku kata duku langgar (tak taulah betul ke idak nama tu). Duku ni yang jenis kulit tebal dan warnanya oren sikit. Berbesen-besen dihidangkan kat kami. Siap tapau bawa balik lagi heheh. Kalau tengok kat pokok, setiap dahan tu berkilo-kilo buahnya.
Ini barang hantaran dari pihak perempuan berkongsepkan hijau.
3 comments:
ok. I found an information here that i want to look for.
uwaaaaaaaaa
lapoooooooo sioottttttttttt
Post a Comment