Hari Jumaat pula aku dan Khairol berbuka di IKIP Cafe. Majlis ni anjuran ofis Khairol. Ena best kan ofis Khairol bos dia bawa berbuka kat luar lagi tapi ofis kita... malaslah nak cakap. Kiranya sepanjang minggu lepas 3 kali aku dah Khairol berbuka di luar.
Suasana tempat berbuka. Masa aku sampai ni memang dah dekat waktu berbuka.
Tengoklah pilihan lauk-pauknya rambang mata memilih tapi aku berjaya mengkontrol diri aku agar tidak membazir chewahhh...
Ini makanan yang aku ambil... tak banyak kan sikit jer hehehe... gambo gelap bole lar aku
kelentong.
Ini yang Khairol punya tengok penuh pinggan hehehe...
Qistina memang bagus makan mee hoon Singapore jer.
Kami duduk dengan 2 orang lagi member ofis dia bersama keluarga. Tengok meja kitorang taklah banyak sangat pinggan kan. Kiranya kami ni makan secara berhemah hehehe. Anyway lauk-pauk kat IKIP Cafe bole tahan sedapnya. Itupun tak rasa semua hehe kalau rasa semua mau tak bangun aku dari situ. Harga buffetnya bole tahan juga RM23 sekepala. Oleh kerana ofis Khairol yang bayar so aku tak kisahlah kan. Alhamdulillah...
Lina
2 comments:
weh RM23 sekepala?
murah tu...
pesal tak ckp dulu huhuhuhu
aku pun tak tau sbb tak tanya pun khairol harga bape... yg aku kira org bayo hehehe...
Post a Comment