Friday, September 5, 2008

4 Ramadan Berlalu

Sekejap saja masa berlalu... hari ni dah hari kelima kita berpuasa. Sebenarnya tak ada sangat cerita sepanjang 4 hari yang lalu. Nak mengambil gambo bagai pun rasa malas sangat.

Sepanjang 4 hari tu kami 3 beranak berbuka puasa di rumah mertua aku. Bukan ape kami malas nak berkejar2 balik ke rumah. Bukan apa aku ingat bulan puasa ni bole lar balik awal sikit rupa2nya sama je macam masa bulan tak puasa. Menjelang je pukul 3 ke atau 4 ada je sesi perbincangan la, mesyuarat la bos aku tu. Lepas tu dah pukul 5 lebih takde pulak dia nak stop ke terus je. Kadang-kadang minta izin juga balik awal tak sanggup nak tunggu bos aku nanti orang dah berbuka baru sampai rumah.

Lagipun seronok juga berbuka kat rumah mertua aku sebab ramai. Anak-anak sedara Khairol pun ada jadi meriah la kan. Jadi, kami memutuskan pada hari bekerja berbuka kat rumah mertua aku dan hujung minggu barulah berbuka kat rumah sendiri. Ok jugak kan tak yahlah aku susah-susah masak bagai sebab mertua aku dah masak hehe... (apa jenis menantu ni ihikkss...). Eh, aku bukan taknak masak ye tapi dah keluar dari ofis dah dekat pukul 6... dengan menempuh kesesakan lagi... singgah pasar ramadan lagi... dekat 6.30 baru sampai hehe (alasan je ni...).
Lepas tu nak memudahkan Khairol untuk pegi sembahyang tarawikh sebab surau dekat je. Jadi, lepas tarawikh barulah balik rumah. Macam tulah aktiviti kami seharian masa hari bekerja di bulan puasa ni. Adios!!!

3 comments:

yada said...

amboi malas sungguh menantu ni.. menantu ke hantu ;) ish same la org konon kol 5 balik ade gak yang tak balik awal.. tp smlm 4.45 ai dah chowwww.... hehe... ;)

Ayen Giggs said...

Hahaha...kelako btllaa nurul tu komen.Menantu ke hantu,hahaha...saye setuju...

Deemi Ammar said...

bestnyer balik keje je lauk da siap depan mata. untung kalau dapat mak metua baik cam tu kan... lagipun xde la kena jadi superman or hurry man sebab nak siapkan juadah bebuka. kalau sempat wat pun dalam setengah jam tu lauk simple2 jer kot...

Share |