Tuesday, September 30, 2008

Cuti Raya

Rakan-rakan semua saya akan mula bercuti raya pada 1 Oktober hingga 6 Oktober 2008. Jadi, tidak ada sebarang entry baru sepanjang masa bercuti itu. Saya akan mula bekerja semula pada 7 Oktober 2008.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
&
MAAF ZAHIR BATIN
daripada
Lina sekeluarga

Monday, September 29, 2008

Qistina Tak Sihat

Aku sebenarnya tengah risau ni. Minggu lepas Qistina tiba-tiba tak berapa sihat. Dia kena kayap. Mungkin ramai yang tahu kayap ni tapi pada yang tak tahu tu aku pun tak tau camne nak explain. Aku pun tak tau apa puncanya sebab mula-mula aku ingat cuma ruam biasa je tp bile dah jadi merah menyala je kat tempat cam ruam tu aku rasa lain macam je. Pas tu bile mertua aku tengok terus dia kata itu kayap.

Mertua aku cakap kene cepat bawa berubat sebab kalau dibiarkan lama nanti lagi bahaya. Dari apa yang aku dengarlar kalau dah jadi cam kayap ular... dia merebak kat sekeliling bila bertemu boleh membawa maut. Bila dengo cam tu lagilar aku takut cepat-cepat aku cakap kat Khairol bawa Qistina berubat. Mertua aku cakap kalau kayap ni sesuai berubat secara kampung. Kebetulan ada seorang Pakcik yang pandai mengubat dekat dengan rumah aku kat Kampung Tiram. Jadi hari Jumaat ari tu lepas tarawikh kami pun bawalah Qistina ke rumah Pakcik tu. Aku tak kisah asalkan Qistina sihat.

Bila Pakcik tu tengok kayap kat badan Qistina tu dia pun cakap kalau biarkan memang akan melarat tapi dia cakap tak ada apa-apa. Pakcik tu jampikan air dan bedak sejuk untuk minum dan sapu kat tempat kena kayap tu. Pakcik tu kata dia cuba je tapi insya-Allah akan sembuh. Sampai ke hari ini alhamdulillah aku tengok kayap tu tak merebak sangat dah. Cuma aku kesian kat Qistina bila aku nak sapu bedak sejuk kat tempat kene kayap tu dia cakap sakit. Aku terpaksa kontrol la rasa kesian tu sebab nak dia cepat baik. Walaupun macam tu Qistina lasak semacam je tak macam sakit pun. Berlari sana, berlari sini, lompat sana, lompat sini jadi itu yang melegakan sikit hati aku. Ye lar kalau dia melepek jer demam lagilar risau aku.

Sekarang ni kena kontrol sikit apa yang Qistina makan sebab dia tak bole makan seafood, ayam, telur ayam tapi kalau ayam kampung bole dan benda-benda yang bole mendatangkan gatal. Harap-harap masa hari raya nanti Qistina sembuh sepenuhnya. Doa-doakan yer.

Lina

Kad Raya Daripada Rakan-rakan Blog

Ena sekeluarga

Atty sekeluarga


Nana Rosli


Vp sekeluarga

Terima kasih yer semua.

Lina

Kad Raya Untuk Semua

Aku rasa akulah orang yang terlewat sekali menghantar kad raya. Aku tengok kat blog orang lain dah menimbun-nimbun kad raya diorang dapat. Takpelah walaupun aku lambat bukan bermakna aku tak ingat kan cuma itulah aku ni bukannya pakar nak buat kad-kad raya cam ni jadi itu yang lambat sikit. Hasilnya ini jelah yang aku termampu simple jer tapi yang penting ingatan kan. Thanx ye Ena kerana memberi tunjuk ajar.

Jadi aku nak 'mengepos' kad raya aku ni kepada semua rakan-rakan blog aku dan juga pada sesiapa jua yang membuka dan membaca blog aku ni. Selamat Hari Raya Aidil Fitri aku ucapkan. Minta ampun dan maaf jika ada tersalah kata, terkasar tingkah laku selama kita berkawan ni. Kepada yang balik kampung tu berhati-hati di jalan raya yer. Bila makan kuih raya ingat-ingatlah kat aku.

Lina

Baju Raya Tapi Tak Raya






Semalam Kak Long sampai dari KL. Aku dan Khairol pegi ambil dia dari stesen bas terus balik rumah mak aku. Kebetulan memang kami nak berbuka kat rumah mak aku. Aku pun dapat baju-baju Qistina yang dikirim oleh cousin aku. Cantik-cantik belaka... thanx ek Huda.

Lina

Baju Kurung Qistina


Akhirnya siap juga aku jahit manik kat baju kurung Qistina. Lihatlah hasilnya, cantik tak?


Lengan baju.

Leher baju.


Close-up.
Lina

Tat Nenas

Malam Sabtu hari tu aku merajinkan diri untuk buat Tat Nenas ni. Penat sebenarnya buat Tat Nenas kalau sorang-sorang tapi oleh kerana Khairol kata nak tolong aku pun apa lagi laju je lar siapkan bahan-bahannya.

Adunan tepung.


Jem nenas, aku beli je yang dah siap kat kedai.


Inilah Tat Nenas yang telah siap dibakar.


Close-up dari dekat.
Lina

Mat Rempit



Ini masa aku dan Khairol kat traffic light Jalan Teluk Sisek balik dari IKIP Cafe. Kat depan kereta kami adalah mat-mat rempit ni. Siap main mercun lagi baling-baling kat situ. Khairol kata kalau diorang baling kat kereta memang kenelar diorang. Nasib baik tak ada apa-apa. Jadi aku pun jadilah paparazzi kejap ambil gambo diorang ni hehehe.

Berbuka Dengan Member Ofis Khairol

Hari Jumaat pula aku dan Khairol berbuka di IKIP Cafe. Majlis ni anjuran ofis Khairol. Ena best kan ofis Khairol bos dia bawa berbuka kat luar lagi tapi ofis kita... malaslah nak cakap. Kiranya sepanjang minggu lepas 3 kali aku dah Khairol berbuka di luar.

Suasana tempat berbuka. Masa aku sampai ni memang dah dekat waktu berbuka.

Tengoklah pilihan lauk-pauknya rambang mata memilih tapi aku berjaya mengkontrol diri aku agar tidak membazir chewahhh...

Ini makanan yang aku ambil... tak banyak kan sikit jer hehehe... gambo gelap bole lar aku
kelentong.

Ini yang Khairol punya tengok penuh pinggan hehehe...

Qistina memang bagus makan mee hoon Singapore jer.



Kami duduk dengan 2 orang lagi member ofis dia bersama keluarga. Tengok meja kitorang taklah banyak sangat pinggan kan. Kiranya kami ni makan secara berhemah hehehe. Anyway lauk-pauk kat IKIP Cafe bole tahan sedapnya. Itupun tak rasa semua hehe kalau rasa semua mau tak bangun aku dari situ. Harga buffetnya bole tahan juga RM23 sekepala. Oleh kerana ofis Khairol yang bayar so aku tak kisahlah kan. Alhamdulillah...

Lina

Berbuka Dengan Member Ofis

Seperti yang dijanjikan pada hari Khamis lepas, aku dan Khairol pergi berbuka dengan member ofis aku. Pada mulanya ada 13 orang tapi tiba saat akhir tinggal 9 orang jer. Tak kisahlah asalkan plan tetap jadi. Untuk pergi ke restoran tempat kami nak berbuka ni kene melalui Jambatan Tanjung Lumpur menyeberangi Sungai Kuantan.

Pemandangan waktu senja di bandar Kuantan dari atas Jambatan Tanjung Lumpur.

Inilah restoran tempat kami berbuka. Restoran 2 tingkat terletak di tepi pantai.

Close-up sikit dari dekat. Nama restorannya Ana Ikan Bakar Petai.

Inilah pantai betul-betul di hadapan restoran tersebut.

Tengok orang tu cam tak sabo-sabo dah nak ngap... lapo sangat dah tu hehehe. Meja kami kat tingkat atas dan kami terpaksa makan bersila. Best juga cam kat kampung jer pegi kenduri kan makan bersila. Menu kami untuk berbuka pada petang tu ialah ikan masak sweet sour, tomyam campur, sayur, sotong goreng tepung dan air tembikai. Boleh tahan juga kesedapannya.




Memang kenyang betul aku. Kalau nak tengok lagi gambo-gambo masa berbuka ni bole pergi ke blog member aku ni.

Lina

Thursday, September 25, 2008

Penat

Penatnyer aku rasa ari ni. Malam semalam aku tido dekat pukul 2 pagi. Gara-gara nak menyiapkan jahit manik kat baju kurung Qistina. Itupun kat baju kurung aku pun tak siap lagi baru jahit sikit. Last... last... tak siap juga lagi ada sikit jer lagi sebab aku tak larat dah sakit tengkuk aku. Oleh sebab dah lewat aku dan Khairol pun bersahurlah terus. Qistina pun ikut sekali bersahur sebab dia tido awal pas tu dalam pukul 12 malam dia bangun jadi terpaksalah melayan dia. Nasib baik masa kami masuk tido dia pun tido juga kalau tidak kena berjaga nak menunggu dia tido semula.

Petang ni ada plan berbuka puasa kat luar dengan member ofis. Ramai juga adalah 13 orang. Tempatnya tak sure lagi coz member yang sorang ni nak pegi survey dan booking masa rehat tengahari nanti. So, tungguuuuuuuuuu...

Wednesday, September 24, 2008

Kad Raya Pertama


Inilah dia kad raya pertama yang aku dapat. Tak sangka juga dapat lagi kad raya ni. Aku memang dah lama tak hantar kad raya biasa ni.

Kad sebelah dalam tak ada apa-apa pun yang ditulis cuma ditulis kepada akulah. Simple jer.


Inilah orangnya yang hantar kad raya kat aku. Sebenarnya sejak aku kenal Cik Fatimah ni memang tiap-tiap tahun tak pernah miss hantar kad raya kat aku. Memang baik dia ni. Thanks yer Cik Fatimah (kalau dia buka blog aku lar).

Kad Raya

Yey... yey... dapat kad raya... ini kad raya online pertama aku dapat. Aku dapat juga kad raya biasa ni. Nanti aku cerita ok. Kad ni aku ambil dari blog Yanie. Terima kasih ye Yanie sebab bagi kad raya ni. Cantik sangat kadnya. Nanti Kak Lina balas.

Tag Mengenai Pengalaman Pertama

Aku dapat lagi keje umah daripada Ena. Keje umah yang satu lagi tu pun aku tak siap. Nanti la ek Ena. Kalau Ena ni jadi Cikgu mesti penat anak murid dia asyik bagi keje rumah jer hehe. Oklah, dengan sukahatinya aku jawablah yer.

1) 1st time naik kapal terbang
Dari aku kecik sampailah umo aku sekarang ni tak penah pun naik lagi... ketinggalan zaman dah aku nih huwaaaaaaa...!!!
2) 1st time beranak
7 Mac 2006 - Nur Aina Qistina
3) 1st time gi oversea
Tak penah jugak... macam katak bawah tempurung lak aku nih... sob... sob... sob...
4) 1st time duduk jauh daripada family
Masa umo aku 19 tahun dapat tawaran ke UiTM Jengka, dalam Pahang jer...
5) 1st time kerja
Lepas habis SPM, keje kat kedai pakaian
6) 1st time rasa diri gemuk
Lepas melahirkan Qistina, mendadak naiknya badan aku...
7) 1st time bercinta?
Bile yer... tak ingat lar masa sekolah-sekolah dulu adalah... masa kat UiTM rasanya...
8) 1st time rasa diri cantik?
Hehehe camne nak tau ek... ntahlah aku rasa masa aku kawin kot hehe...
9) 1st time masuk cinema
masa kecik dengan family (umo 6 tahun rasanya)
10) 1st time admitted in hospital
tak penah lagi... jaga orang kat hospital adalah masa tu jaga arwah nenek aku yang kene gigit dengan kucing kat tangan dia sampai kene jangkitan kuman... kenelah duduk kat wad 4 hari...
Oklah aku dah jawab. Malas pulak rasanya nak tag orang lain. Kiranya sapa-sapa yang nak buat ambillah sendiri yer. Adios!!!

Baju Raya Qistina


Oleh kerana Qistina tak ada bersama jadi aku dan Khairol ambil kesempatan untuk pergi shopping baju raya dia. Bukan apa kalau dia ada memang aku tak boleh concentrate langsung nak memilih asyik melayan kerenah dia jer. Aku ajak pergi shopping kat Parkson Jalan Tun Ismail jer sebab kat situ senang sikit nak parking. Kalau kat Megamall atau East Coast Mall mesti penuh orang.





Sebenarnya baju raya Qistina dah ada. Baju-baju ni aku beli cuma untuk tambahan jer. Lagipun dah lama aku tak shopping baju untuk dia. Banyak dah baju dia yang dah tak muat. So, pilih-pilih aku dapat 3 helai je yang aku berkenan. Itu pun dah tahap ratus dah harganya. Mahal dari baju mama dan ayah dia pulak tapi kalau untuk Qistina aku tak berkira langsung. Lepas tu kalau campur baju-baju yang cousin aku akan hantar nanti banyaklah jadinya (tak sabo nak tunggu baju tu). Cuma satu lagi aku tak beli lagi kasut raya. Malam ni kene pergilah cari.

Wan Sara Tom Yam Kali Ke-2

Percaya tak aku dan Khairol pegi berbuka lagi di Wan Sara Tom Yam semalam. Kali ni kami dah booking awal-awal dan cuma berdua je tak bawa anak dara aku. Jadi, kami bole menikmati makanan dengan aman damai (teruk betul mak ayah sape lar ni) hehe. Apa pun hati seorang ibu kan tetap ingat anak kat rumah. Memang penuh restoran tu sampai letak meja tambahan lagi. Aku rasalah income restoran tu untuk bulan puasa ni mesti puluh-puluh riban haha.

Lauk-pauk yang kami order lebih kurang sama macam hari tu cuma tambah ikan siakap sweet sour. Memang sodappp!!!





Tengok habis licin kami berdua makan. Memang tahap kebulur dah tu hehe sampai suh tapau bawak balik. Apa-apa pun aku suka makan kat situ sebab makanannya sedap, servisnya bagus dan harganya pun berbaloi. Jadi, pada siapa-siapa yang nak datang ke Kuantan aku syorkan pergilah cuba makan kat situ.

Monday, September 22, 2008

Cahaya Aidilfitri

Ada kira-kira seminggu lebih je lagi kita nak menyambut raya. Kalau kat rumah mak aku ni dah penuh pelita kat sekeliling rumah. Khairol pun taknak kalah juga nak pasang juga pelita kat rumah kami.

Sebenarnya ada Khairol dalam gambo ni. Kalau korang nampak kiranya mata korang terang lagi lar hehehe.

Pemandangan pelita dari hadapan rumah. Tengoklah Qistina sampai landing tepi longkang padahal aku suruh dia posing berdiri.

Selamat hari raya...


Sebenonye ada 5 pelita tapi Khairol pasang 3 je dulu sebab yang dua lagi tu dia tak tau nak letak kat mana. Adios!!!
Share |