Friday, August 29, 2008

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN
KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG INI...
SEMOGA KITA SEMUA DAPAT
MENJALANI IBADAH PUASA DENGAN
PENUH RASA KEINSAFAN DAN
KEIKHLASAN...
Ramadan kali ini kita sambut dengan bercuti panjang... takdelah panjang mane tapi 1st day puasa kita cuti kan hehe. 3 hari bercuti apa aktiviti aku ek... hari Sabtu maybe aku lepak kat rumah je... mengemas apa yang patut ataupun balik rumah mak aku.

Yang pastinya hari Ahad aku akan ke Muar kerana sepupu Khairol (lelaki) nak bertunang. Of course la dengan mertua aku sekali. Tak dapatlah aku nak tengok team pejabat aku berkawad untuk sambutan sebab ada member sorang tu antara yg berkawad ahakksss... ;-)

Pegi Muar tu balik hari jadi sedang elok hari Isnin cuti dapatlah rehat ye tak kalau tak mesti keletihan je ari Isnin tu nak pegi keje pulak. Rasanya itulah aktiviti aku menjelang nak sambut puasa ni. Jangan puasa yang yok ye pagi-pagi buka periuk... Adios!!!
NotaHujungKaki : Mudah-mudahan dapatlah aku bertarawikh pada Ramadan kali ini... Insya-Allah.

No comments:

Share |