Thursday, August 28, 2008

Mesyuarat, Majlis Perpisahan dan Makan-makan

Baru-baru ini unit aku ada buat mesyuarat unit dan seterusnya majlis perpisahan buat staf-staf yang telah bertukar dan akan bertukar.

Orang-orang penting macam aku kene duk kat belakang-belakang sikit... konon-konon sebagai pemerhati la heheh...

Ena... ko tido ke ape? Wake-up! Wake-up! Time makan dah ni! Hahaha...!

Antara staf-staf yang dirai. Mereka ni semua dah bertukar dah cuma majlis je lambat dibuat. Sebenarnya yang nak dirai tu ada 14 orang tapi ye lar masing-masing dah di pejabat baru jadi mungkin ada kerja yang tak boleh dielak so tak dapatlah datang.

Ini pula antara staf-staf baru kat unit aku. Sesi memperkenalkan dirilah ni. Ramai juga staf baru tapi aku tak sempat nak snap gambo.

Habis majlis ape lagi sesi makan-makanlah... masing-masing senyum je dapat makanan sebab perut masing-masing memang dah lapar gilerrr... Menu hari tu ialah nasi minyak dengan ayam masak merah, opor daging, acar dan pencuci mulutnya tembikai. Air pula ada sunquick dan air suam. Kalau nak tengok lagi gambo bole pegi ke blog orang ni.

NotaHujungKaki : Kadang-kadang hidup kita ni perlu perubahan. Mungkin dengan perubahan tersebut akan meningkatkan lagi kualiti hidup kita.


1 comment:

Unknown said...

wakakakka
kuang asam...
sempat gak kenakan aku ek :P

Share |