Monday, August 25, 2008

Memancing

Apa ye aktiviti kami malam Ahad tu? Petang tu dah penat-penat cari umpan of course la malam tu pegi mancing. Kesian gak kat Khairol sebab dah lama dia tak buat hobi dia no. 1 tu. Jadi aku sebagai seorang isteri yang memahami (chewahhh...) ikutlah sekali temankan dia. Khairol memancing tak jauh pun, kat Benteng je hehe. Aku pun bawalah sekali bekal apa yang patut manalah tau anak dara aku tu nanti mintak macam-macam... nak biskutlah, nak buahlah, naik airlah.

Khairol sedang meletak umpan pada batang kailnya.

Ini Khairol tengah menarik pancingnya sebab 'mengena'. Dapatlah seekor ikan besar tapak tangan.

Khairol tengah memancing... isteri dan anaknya menggediklah ambil gambo hehe... Sekarang ni kalau ambil gambar Qistina macam-macam aksi dia buat.



Qistina pun taknak kalah berebut dengan ayahnya nak duduk kat kerusi tu.





NotaHujungKaki : Balik dari memancing jauh malam... anak dara aku dah berembun... esoknya kene demam selsema... nak salahkan siapa? Ampun ye abanggg... ;-)

3 comments:

Ayen Giggs said...

Bgtau kerol kat tmn guru dah ade kolam ikan baru.Dtg je kat sane anak2 x kene embun,x sejuk.Hahaha...

said...

uish...best nyer memancing..

teringin gak yanie nak pi pancing ikan....pancing "ikan besar"

keh keh keh

yada said...

oh memancing di benteng.. teringat satu ketika dulu ikut akak gi tgk abg krol mancing... tp time tu akak tak kawin lagi... ;)skarang dah anak 1

Share |