Wednesday, August 13, 2008

Kursus Perasa

Entry ni untuk mengembalikan kenangan kat staf-staf ofis aku. Ada yang masih di sini dan ada yang telah berubah angin mencari pengalaman di tempat baru.


Gambo-gambo ni adalah semasa kami satu ofis menghadiri satu kursus yang memang diadakan untuk kami. Kursus ni lebih kurang macam kursus motivasi bagi mengeratkan lagi perhubungan di antara staf dan meningkatkan lagi tahap komunikasi. Kursus ni selama 3 hari 2 malam dan diadakan di Genting View Hotel, Genting Highlands pada tahun 2007.


Kursus ni memang banyak adegan nangis-nangis. Ini pegawai kat ofis aku, Cik Wan Azlida tapi sekarang ni dia dah bertukar ke Jabatan Pelajaran.

Ini Cik Diana, dia pun dah bertukar ke Jabatan Pelajaran tapi di Putrajaya. Cik Diana ni in person memang baik, lembut dan sporting.





Antara sesi yang telah mengeluarkan air mata lelaki. Yang menangis tu En. Rahman. Dia telah bertukar kerana naik pangkat tapi ofis dia sekarang dekat je jadi masih berjumpa lagi.






Ini sesi bertukar-tukar hadiah. Sebelah aku tu Kak Hindon yang jadi adik angkat aku masa kursus tu. Sebelum sesi ni kami tak tau pun sape adik angkat ke kakak angkat ke sebab cuma berutus nota je. Kak Hindon ni pun telah bertukar tapi ofis dekat je.





Ini pula yang jadi kakak angkat aku (cehhh kontrol cun hehe). Masa baca nota-nota yang dia bagi tu memang tak sangka langsung dia ni yang jadi kakak angakt aku hehe. Dia ni masih lagi satu ofis dengan aku tapi dengo-dengonye nak bertukar gak.





Ini 2 orang daripada ahli grup aku masa kursus tu, Fara dan Kak Cta. Masa ni tengah bertungkus-lumus nak siapkan jigsaw puzzle tu tapi at last tak siap pun, sakit kepala yang dapat. Kak Cta dah bertukar ke jabatan lain.








Ini bekas bos aku, En. Azmi. Dia sempat kat ofis aku cuma 2 bulan je lepas tu bertukar. Walau apa pun dia memang sporting. Apa saja acara masa kursus tu dia memang tak miss.





Ini sesi suap-menyuap, bos suap anak buah. Alaa... cuma suap buah oren je.





Ini masa grup aku buat presentation. Kelakar lak sebab masa sesi soal jawab tu tiba-tiba sampai benda tak berkaitan pun masuk. Terima kasih kepada ketua grup aku En. Sayuti yang pandai menangkis serangan daripada grup-grup lain yang memang dengki ngan grup kami hehe.





Ni masa fasilitator pasang lagu yang berkaitan dengan motivasi lar jadi kami pun kena ikut nyanyi sama. Nasib baik ada lirik sekali.





Masa ni sesi bisik-bisik. Maksudnya bila satu berita tu disampaikan dari seorang ke seorang sampai yang terakhir berita tu jadi lain macam khabar angin la. Mungkin berita tu telah ditokok tambah ataupun telah dikurangkan isinya.






Ini waktu pagi masa sesi riadah. Kami riadah dalam kelas je. Yang conduct ni pegawai kami En. Zaliza tapi dia pun dah bertukar. En. Zaliza ni memang pegawai yang sangat-sangat sporting.






Setiap kali lepas habis kursus pada hari tu ada sesi peluk-memeluk. Masa ni sape-sape yang mudah nangis tu memang berjurai-jurai la air mata. Pulak tu ada background lagu yang sedih sikit.






Ini namanya Kak Hendon juga hehe. Ofis aku memang ada 2 orang nama sama. Dia pun dah bertukar dan kebetulan ofis baru ni pun sama dengan Hindon yang seorang lagi.






Aku bersama dengan kakak-kakak yang sporting. Yang hujung sekali yang baju oren tu bukan kakak lar pangkat adik dengan aku tapi dia pun dah bertukar ke jabatan lain.


Jadi itulah serba sedikit masa kami berkursus dulu. Bila tengok balik gambo-gambo masa kursus tu rasa sayu ada, sedih, seronok macam-macamlah. Bukan ape masa kursus tu baru rasa kami semua close sangat sebab masa tu lah baru kami betul-betul mengenali antara satu sama lain. Baru tahu yang orang ni ada berapa anak, suami atau isteri kerja kat mana, rumah kat mana, asal dari mana dan macam-macam lagilah.

Balik dari kursus tu memang rasa sangat yang kursus tu memberi kesan. Masing-masing rasa rapat sangat. Kerja pun jadi lancar je. Walau bagaimanapun sekarang ni aku rasa dah renggang semula. Aku pun tak tau kenapa tapi antara sebabnya mungkin ramai dah staf baru masuk dan staf yang senior-senior ramai dah bertukar. Lagi satu aku rasa kan soal kebajikan tak ada yang ambil tau. Itu yang aku rasalah tak taulah staf lain macam mana. Aku harap keadaan akan berubah sebelum aku pun ambil keputusan nak berubah angin juga. Adiosss!!!

NotaHujungKaki : Kasih sayang... (lagu kenangan masa kursus)

4 comments:

Ena said...

Lina..
ekceli puncanye bukanla krn org bawahan tapi krn org atasan.. Aku nak blah pun bukan pasai pe.. bos tak penah cuit aku pun cuma aku bosan dok kat cni cuz kbajikan kita tak di amik peduli..yg tau kerah keringat org jekkkk...

Ayen said...

saye tgk org lain sume nangis baik lelaki ke pompuan ke tp awk x nmpak nangis pun.Xde perasaan ke mase tu.Hahaha....

Farazila said...

wahhh...
nice la topi buatan tangan tu..boleh buat kelas mengajar x?

Azlina Binti Mohamed Yasin said...

ade jugak yg berminat dgn topi tu ek... hehe kreatif ek kitorang... tapi tak tau dah topi2 tu kat ner skrg... alaaa takyah kelas2 buat ikut dan je hehe...