Ini adalah aktiviti aku di Kampung Pagi pada hari ketiga dan juga beberapa gambo yang aku ingin kongsi bersama. Hari ketiga tu aku memang dah tak sabo-sabo nak balik sebalik rindu kat anak dara aku dah membuak-buak dah. Sebelum kami sampai ke jeti Taman Negara kami singgah dulu kat Canopy Walkway. Dah alang-alang sampai kat situ kan rugi kalau tak mencuba. Aku yang memang semulajadi gayat pun terpaksa buat-buat berani sebab belum tentu lagi aku akan sampai kat situ pada masa akan datang. Jadi untuk sekali seumur hidup aku pun tak lepaskan peluang meniti kat titian tu. Kalau tengok kat gambo tu memang nampak sangat aku ni happy tapi dalam hati Tuhan saja yang tahu. Masa meniti tu aku memang tak tengok atas, bawah, kiri, kanan, aku jalan je terus. Jadi aku pun tak tau pada masa-masa tertentu aku berada di ketinggian berapa meter ntah dari tanah. Apa-apapun enjoy the pics!!!
NotaHujungKaki : Berada di Kampung Pagi selama 3 hari 2 malam menjadi pengalaman yang amat berharga buat aku yang tak mungkin aku alami di tempat-tempat lain.
2 comments:
huhuhuhu
kalo aku idak leee..
gayat bebs!!!
nek tangga 3 tingkat pun aku dh ase nak tombang ekekeke
kak kurus la balik mcm dulu! org dah ade blog ni tp lom launch betol2 lagik.. link ek yg ini.. yang xanga tu hapuskan saja.. ;)
Post a Comment