Wednesday, August 13, 2008

Kampung Pagi - Part 2 Hari Pertama dan Kedua

Sungguh tak disangka ini adalah entry aku yang ke-100. Walaupun jenuh jugalah nak sampai ke angka 100 tu (lepas setahun blog ni dibuka) tapi aku puas hati sebab aku berjaya juga mengupdate blog aku setiap masa (pernah juga aku tinggalkan blog aku ni seketika). Mungkin orang lain tak sampai setahun dah dapat mencapai angka 100 tapi aku tak kisah yang penting aku tidak akan membiarkan blog aku ni tanpa cerita-cerita terkini.
Aku nak sambung cerita aku masa pegi ke Kampung Pagi tempoh hari. Aku taknak ulas panjang-panjang jadi layannnnn... je gambo-gambo di bawah.


Hari Pertama - Perjalanan ke Kampung Pagi


Di dalam bot. Kami naik bot panjang yang boleh memuatkan 10 orang penumpang.


Bot tengah melalui kawasan jeram.


Jeti Kampung Pagi. Perjalanan ke Kampung Pagi dari Jeti Taman Negara kira-kira 45 minit tapi bot aku dekat 1 jam lebih baru sampai. Yang kelakarnya bot yang aku naiki tu yang first sekali bertolak tapi yang akhir sekali sampai sebab bot tu mengalami kebocoran. Nasib baik bot tu tak tenggelam hehe.


Majlis menyambut kedatangan kami dihidangkan dengan minum petang.


Upacara melepaskan anak-anak ikan ke sungai.


Ini kawasan perkhemahan bagi peserta perempuan. Kami sebenarnya berkhemah di kawasan Sekolah Kebangsaan Kampung Pagi. Ini padang bola sekolah.


Ini khemah aku n d' geng siap ada sambungan lagi hehe.




Bersama-sama geng khemah.


Hari Kedua - Aktiviti bersama masyarakat Kampung Pagi




Pagi-pagi ada senamrobik. Last sekali siap ada menari poco-poco.


Wahhh... bersemangat betul yang 3 orang ni terutama yang belakang sekali tu hikhikhik...




Ini masa sembelih kerbau untuk dimasak bagi makan tengahari. Aku tak ada masa ni jadi gambo ni aku ambil dari peserta lelaki.


Gotong-royong melapah daging kerbau dan seterusnya memasak. Ee... rajinnya yang pakai topi tu anak sape lar tu ek...


Acara sukaneka ni masa aku masuk acara kukur kelapa. Punyalar beria aku mengukur tapi sikit je yang dapat hampehhh...

Khairol pun masuk gak acara ni. Macam orang yang berpengalaman je ek.

Membayangkan konon-kononnya tengah baling bola bowling la tu hehe. Kesian buah bacang jadi mangsa.

Acara menganyam ketupat. Khairol sedang memberi kata-kata semangat untuk ahli kumpulannya.

Acara tarik tali yang dimenangi oleh KESUKEP. Macam mana tak menang orang-orang KESUKEP semuanya beso-beso belaka, orang-orang Kampung Pagi alahai kecik molek je heheh.

Ini aku masuk acara kerusi berirama dapat no. 10. Oklar tu dapat gak hadiah tuala.

Anak-anak Kampung Pagi tengah berebut gula-gula sape dapat paling banyak.



Inilah orangnya yang menang pertandingan kerusi berirama tu. Memang tak patut sungguh dengan makcik pun dia nak berebut kerusi tu padahal kat kantin banyak lagi kerusi ish... ish... ish...


Ini acara sebelah malam. Perjumpaan wakil rakyat dengan masyarakat Kampung Pagi.
NotaHujungKaki : Kagum tengok kerjasama penduduk kampung yang tak kenal penat memasak untuk rombongan kami dari pagi sampai malam. Memang macam tulah kalau di kampung-kampung masih tebal dengan semangat gotong-royong.


2 comments:

Unknown said...

bestla plak aku tgk xtvt kowang..
aku igt p daki gunung..
kalo tau camni, bek aku ikutkan uwaaaaaaaa.....

Ayen Giggs said...

komen 1 - Mcmane bot tu x bocor,dah yg naik bot tu sumenye beso2 blake.hahaha....
komen 2 - Laaa..yg kukur kelape tu kerol,saye ingatkan org asli kg pagi.hahaha...(jgn marah kerol,gurau je).
Ape2 pun mmg seronokkan....

Share |