Kaki-kaki yang akan menjejakkan kaki ke Kampung Pagi hehe.
Hari Sabtu yang lepas aku join kelab kat pejabat aku pegi camping. Bukan camping semata-mata kiranya ini Program Bersama Masyarakat. Khairol pun ikut sama jadi terpaksalah kami meninggalkan anak dara kami selama 3 hari 2 malam (macam pakej melancong lak kan). Program ni diadakan di Kampung Pagi, Taman Negara, Jerantut, Pahang Darul Makmur dari 2hb hingga 4hb Ogos 2008. Kami bertolak dengan 2 buah bas kira-kira pukul 10.00 pagi lewat 2 jam dari yang dirancangkan.
Tengah membawa turun barang-barang ketika sampai di jeti Taman Negara.
Muka-muka yang kelaparan menunggu nasi sampai. Kami dijamu makan tengahari di Restoran Terapung yang terletak di jeti.
Lauk-lauk kampung yang dihidangkan. Ikan patin masak tempoyak dan ayam masak lemak cili api nyum... nyum....
Telur dadar, petai masak sambal tempoyak, sambal tempoyak dan ulam timun dan jering (kecur air liur).
Yang pastinya semua orang berselera makan. Tak taulah memang dah lapar atau kena dengan selera. Bagi aku memang best sangat-sangat terutama petai masak sambal tempoyak tu. Marvellous!!!
Bersambung...
1 comment:
huhuhuhu
kalo aku takle idop la...
tak makan aku tempoyak2 ni huhuhu
Post a Comment