Petang Sabtu hari tu aku dan Qistina ikut Khairol pegi ke Pelabuhan. Tujuannya Khairol nak cari umpun-umpun untuk dibuat umpan memancing malam tu. Kami ajak sekali Mok Nor (kakak Khairol) dan keluarganya sebab diorang pun duk kat situ kan. Jadi, Khairol dan suami Mok Nor, Pak Usop cari umpun-umpun manakala aku dan Mok Nor dengan aktiviti kami cari remis. Remis ni dia macam kupang tapi saiznya kecil. Aku tak dapat nak amik gambo remis tu sebab tangan aku kotor dengan pasir.
Lepas penat dah cari umpun-umpun dan remis pegi pulak kat batu-batu tu cari apa ye aku pun tak tau nak panggil ape benda ni.
Tengah-tengah cari teritip tu terjumpalah dengan seekor ikan ni. Mok Nor panggil ikan ni Ikan Duri. Ikan ni sebenarnya terperangkap kat takungan air. Mungkin tak sempat lari masa air surut.
Kita close-up dari dekat. Beso jugak ikan ni adalah panjang sebelah tangan orang dewasa. Sementara Khairol dan Mok Nor kat batu-batu tu aku pun bawalah Qistina mandi laut. Qistina pun memang tunggu masa je aku cakap... belum abis aku cakap dia dah lari dulu ke laut.
Qistina dengan penuh cemerlangnya berlari-lari ke air.
Seronok bangatlah tu dapat main air.
Qistina bersama dengan sepupu-sepupunya. Orang tu kejar orang ni... orang ni kejar orang tu... mama dia pun ikut basah sama hehe... dah bila sepupunya kejar dia lari ke arah mama dia n peluk macam mana tak basah...
Ini yang aku marah sangat dengan Qistina... dia main selut pantai tu lepas tu sapu kat rambut n muka... geramnyeeee...
Seronok juga sekali sekala pegi pantai ni... kat pantai pelabuhan ni tak ramai sangat orang jadi privacy la sikit. Remis yang aku dan Mok Nor cari tu aku bawa balik rumah rebus. Memang sedap sebab fresh jadi manislah isinya. Selalunya kalau pegi pelabuhan inilah aktiviti kami sambil tu berjalan ke rumah Mok Nor. Malamnya kami ada aktiviti lagi...
NotaHujungKaki : Aku admire kat Mok Nor walaupun dia surirumah tapi pandai cari peluang-peluang untuk tambah pendapatan seperti menjahit dan membuat kuih.
2 comments:
Ayat akhir tu mcm tergantung je,aktiviti ape mlmnye?..hahaha.
Lg satu ikan yg terperangkap tu bwk blk ke tinggal kat ctu je?....
beh nye ;)
Post a Comment