Hari Jumaat lepas aku dan Khairol ambil cuti sebab rasa nak relaks kat umah. Cakap je nak relaks tapi kami mengambil peluang tu untuk bershopping!!! Mula-mula kami pergi ke Megamall sebab nak beli baju Qistina untuk dipakai masa kenduri kawin nanti. Yelar, baju Qistina banyak yang dengan seluar je, skirt ke gaun ke memang tak banyak jadi itulah nak cari. Lepas beli semua kami pun bergerak pula ke East Coast Mall. Semenjak dibuka ini kali ke-2 aku pergi situ hehe.
Tengok kat gambo memang macam tak banyak kami beli tapi itupun dah dekat RM200 haha. Punyalah banyak kami membeli macam baru dapat gaji je. Bukan apa kebetulan ada sale jadi mana yang patut tu kami belilah.
Memang lama kami kat situ sampai Qistina dah pengsankan diri lepas ngamuk-ngamuk sakan. Yelar mana tak letih dan ngantuk dia bukan bole duk diam. Duk dalam troli pun masih nak bergerak gak. Aku dan Khairol pun ikut letih sama sebab nak melayan kerenah dia. Benda yang bole buat dalam 1 jam jadi berjam-jam. Apa nak buat anak sorang hehe.
1 comment:
kak... qistina nakal ek skarang? org suka tone kulit dia.. exotic!
Post a Comment