Hari Sabtu yang lepas kami ke Sanggang, Temerloh sebagai belah pengantin lelaki, iaitu anak saudara Khairol yang akan melangsungkan perkahwinan. Kami bertolak dari Kuantan kira-kira pukul 9.30 pagi. Sampai kat Tol Temerloh dalam pukul 10.45 pagi. Dari Tol Temerloh ke rumah pengantin perempuan dah tak berapa jauh sangat adalah kira-kira 20 minit perjalanan. Perjalanan ke rumah pengantin perempuan memang best sebab menyusuri tepi Sungai Pahang.
Singgah di rumah jiran pengantin perempuan untuk bersiap.
Pengantin lelaki bergambar dengan adik-beradik dan sepupu-sepupunya. Di sebelah kanan pengantin yang memangku Qistina tu kakak sulungnya dan di sebelah kiri tu adik bongsu. Di belakang tu sepupu-sepupu.
Bersiap-sedia untuk ke rumah pengantin perempuan. Masing-masing sorang satu bawa hantaran.
Pengantin lelaki pun dah sedia nak bergerak.
Suasana rumah pengantin perempuan dari rumah tempat persinggahan kami. Macam kenduri nak sambut YB lak ek siap ada bendera BN lagi hehe.
Suasana kenduri dari dalam rumah pengantin perempuan.
Pengantin perempuan keluar untuk menyambut pihak pengantin lelaki.
Antara barang-barang hantaran daripada pengantin perempuan.
Antara barang-barang hantaran daripada pengantin lelaki.
Cuba bandingkan ketinggian sirih junjung pengantin perempuan (kanan) dan pengantin lelaki (kiri). Memang ketara perbezaannya hehehe.
Mak Ngah tengah bergosip dengan ibu pengantin lelaki hehe.
Pengantin bergambar dengan ibu pengantin lelaki dan Mak Ngah.
Inilah pengantinnya, anak saudara Khairol, Azrein Amir yang kami panggil Abang Ngah dan isterinya Siti Nazirah. Mereka muda lagi baru 21 tahun tapi dah sampai seru orang kata jadi kawinlah. Bagi aku baguslah kalau nak kawin awal-awal ni tapi yang penting boleh tanggung anak orang sudahlah. Kenduri belah pengantin lelaki pula akan diadakan pada 17 Ogos ni. Jadi, tunggulah Part 3 pulak ek. Selamat Pengantin Baru!!!
NotaHujungKaki : Sedapnya makan daging opor tak pandang dah lauk lain hehe.
1 comment:
asik gambo owang jek..
Mana gambo kowangnye....
Post a Comment