Wednesday, August 20, 2008

Azrein - Part 3 (Akhir)

Hari Ahad lepas kenduri kawin (sambut menantu) belah kami pula. Takde gambo yang nak dikongsi sebab aku memang tak sempat langsung nak snap-snap gambo ni. Khairol pun sama sebab kami ni dah jadi macam penanggah pulak dah. Aku jaga bahagian lauk-lauk, meja-meja ni semua, mana yang kurang tambah, bersihkan pinggan, cawan, meja. Khairol lak bahagian cuci-cuci pinggan hahaha.

Memang penat gile ye lar cuaca panas. Tetamu pun bole tahan juga ramainya. Alhamdulillah la majlis berjalan lancar. Habis je majlis mengemas apa yang patut, kira-kira kul 6 petang aku, Khairol dan Qistina balik rumah. Tak larat dah aku biar orang lain lak sambung mengemas. Dengan tak cukup tidurnye aku sempat tidur 2 jam je malam sebelum tu. Jadi balik awal bole ganti tido tu hehe.

1 comment:

nurul said...

sape lagi nak jadi penanggah kalau tak sedara mara... ;) 2 jam je tido? mengalahkan pengantin eh... hehe