Thursday, July 24, 2008

Layan Gambar

Takde apa2 nak diceritakan kali ni. Tak ada apa2 aktiviti menarik yang aku lakukan minggu ni. Selepas hujung minggu ni mungkin banyak. Jadi sebab tak ada apa2 cerita aku biarkan kamu semua layan gambo2 aku sekeluarga.

Gambo ni masa kami keluar makan kat Wan Sara Thai Tom Yam, yang kat depan Hotel Grand Continental. Khairol bergambo style 'aku hidup dalam blues'... pandang ke lain kononnya. Di sebelahnya anak sedara dia Amrul.
Qistina dengan aksi ala2 manja dan mengada2 tu. Mama muka seposen je tak make-up bagai. Dah malam2 takde orang nak nengok ye tak? Make-up untuk suami tercinta je... chewahhh cam ustazah la pulak. Tak amik pun gambo makanan sebab dah lapo sangat terus bedal je lar.

Masa ni baru amik Qistina dari umah mertua dan singgah kat Tunas Manja nak beli barang basah untuk masak malam tu. Oleh kerana ujan tapi taklah berapa lebat pun, aku pun malas la nak keluar jadi Khairol lar terpaksa pergi sorang2. Kami yang dalam kete ni sebab boring tunggu apa lagi bergambo la.

Ini pula masa ada satu malam tu ujan lebat giler2 jadi tak dapatlah nak jalan2. So duk lar umah sampai boring2. TV pun tak boleh nak pasang sebab ada kilat bagai. Suh lar Qistina berposing. Tak taular style Qistina sekarang, kalau bergambo mesti senget2 kepala dia.

NotaHujungKaki : Hari ini hari gaji!!!

1 comment:

Unknown said...

aku ske tol tgk mata kembo aku tu..
cam mata aku muahahahaha

Share |