Tuesday, July 8, 2008

Senaman dan Makan-Makan



Petang semalam kat ofis aku ada buat Senam Robik Poco-Poco. Aku pun join sama sebab yelah senaman lain tak buatnya kan, ini kira yang paling mudahlah. Lagipun aku antara AJK yang terlibat.



Cuba tengok yang pakai tudung purple belakang yang pakai tudung merah tu, semangat sehhhh....

Antara mereka-mereka yang bersemangat untuk menguruskan badan heheh... Seronok juga belajar poco-poco ni. Gerakannya lembut je taklah macam aerobik. Untuk orang-orang yang dah berumur tu memang baguslah poco-poco ni. Sebenarnya aku memang dah lama nak belajar tarian ni tapi tak tau nak pegi ke mana. Bila dah ada peluang ni apa lagi masuklah.

Balik rumah aku dan Khairol tak tau nak makan apa. Nak masak leceh pula sebab berdua je, jadi kami decide nak makan kat luar. Sebelum tu tengok dulu rancangan tv kegemaran aku Bones. Habis cerita tu pukul 9.30 malam, barulah kami keluar. Fikir punya fikir kami decide nak makan kat Medan Selera sebelah Hotel Vistana, yang sebelah Sungai Galing tu.


Qistina tengah posing ayu sementara menunggu makanan sampai.


Khairol tengah mengusik anak daranya.



Tergelak-gelak anak aku diusik oleh ayah dia.

Ini air yang kami order. Aku kononnya nak ikut nasihat pakar kesihatan, selepas makan jangan minum air sejuk, nanti akan membekukan segala lemak-lemak dan kolestrol yang kita makan. Jadi aku pun orderlah air teh o limau panas. Khairol pula order carrot susu berkongsi dengan Qistina. Last-last carrot susu tu dikongsi kami bertiga sebab air teh o limau tu pahit ya amat. Tak taulah limau jenis apa yang dia bubuh. Tak luak langsung air tu. Biar budak yang kemas nanti tengok air yang diorang buat tu tak habis. Mesti tertanya-tanya orang ni tak minum ke? Tak sedap ke air ni? Memang tak sedap langsung! Biar diorang rasa air tu.


Punyalah tinggi gelas carrot susu tu sampai Qistina kena berdiri nak minum. Khairol dengan penuh caring memegang gelas carrot susu (padahal dalam hati minum sikit dahlah jangan minum habis air ayah ni heheh).

Ini mee goreng untuk Qistina padahal kami order mee hun goreng. Malas nak argue2 nanti jadi lambat pulak. Ingatkan tak habis Qistina makan tapi hampir separuh dia sorang makan. Ayah dan mamanya dapat kongsi sikit je.

Ini Chicken Chop untuk ayah dan mamanya. Nak jadi orang putihlah kononnya. Boleh tahan juga Chicken Chop kat sini. Ayamnya pun rangup dan fresh. Coleslaw dia pun best. Kira puas hatilah juga.

NotaHujungKaki : Macam mana aku ni, petang senaman, malam makan berat pula. Hai, macam mana nak kurus ni.

1 comment:

E-na said...

wakakakak..kuang asam...
a'ah sapelah yg bertudung ungu tu kan..pandai dia nari poco2 sampai demamkan diri arini huhuhu...

wehhh sedap ke kat food court tu?
tak penah tau akan kewujudannya..
nanti nk testla hehehe...