Tuesday, July 29, 2008

Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah, Pahang

Posting lepas kan aku bagitau yang lepas bertolak dari rumah Mak Ngah kami tak terus balik kan, kami pergi ke satu tempat dulu. Inilah tempatnya, Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah.

Masa dalam perjalanan ke Kuala Gandah tu, Qistina tengah tido lena kat tempat duduk belakang. Dah sampai kat situ terpaksalah kejutkan dia, nasib baik tak ngamuk.

Inilah pintu masuk nak ke tempat tu. Punyalah ramai manusia kat situ termasuk pelancong-pelancong dari luar. Bas persiaran adalah 4, 5 buah masa tu. Kereta-kereta persendirian jangan cakaplah, penuh.

Apa-apa pun pergi daftar dulu.

Selepas mendaftar nama dan lain-lain yang perlu kami diberikan sticker ni. Setiap orang akan dapat satu dan sticker ni mesti ditampal di baju atau mana-mana tempat yang nampak. Sticker ini akan menunjukkan apa yang boleh kita buat dan tidak boleh. Macam sticker yang kami dapat ni kami cuma boleh berjalan-jalan dan melihat gajah sahaja yang lain-lain tak boleh. Ini disebabkan kami sampai selepas masa aktiviti bersama gajah dan masa aku sampai tu pun ramai lagi orang tengah beratur nak buat aktiviti menunggang gajah.

Ini anak gajah yang ditempatkan di seberang tempat aktiviti menunggang gajah. Ada sekor lagi tapi macam nyorok sikit.

Inilah aktiviti menunggang gajah. Masa aku sampai tu ini je aktiviti yang ada. Memang ramai yang tengah beratur nak menunggang gajah. Aku nak bagi korang tekalah. Kalau korang tengok ketiga-tiga gambo di atas ni, korang rasa sape yang paling untung? Ini pilihan jawapannya.

A) Gajah
B) Orang yang menunggang gajah
C) Pemandu (orang yang di depan sekali kat atas gajah tu)
D) Orang yang tengah menonton

Sape yang nak teka kena bagi sebabnya sekali bagi jawapan yang dipilih. Aku nak tau sape yang pikir sama macam aku dan Khairol heheh.

Sepatutnya ada lagi aktiviti bersama gajah iaitu mandi dengan gajah tapi tak dapat buat sebab air sungai melimpah sampai ke tebing. Lagi satu ada mini zoo juga kat situ tapi ditutup sebab ada gajah yang dikuarantin.

Ini papan tanda sempena lawatan Menteri Pelancongan Malaysia yang baru, Dato' Sri Azalina.

Muka Qistina masam je ye lar baru bangun tido kan.

Malu seh, muka aku bulatnya!!!

Ini dalam perjalanan balik ke Kuantan dari Kuala Gandah. Muka-muka puas hati sebab dapat tengok gajah terutamanya aku hehe. Adios!!!

NotaHujungKaki : Sampai pun aku ke Kuala Gandah. Kalau orang luar tanya pernah sampai ke kat sana bole aku jawab dengan konfiden, dah sampai dah. Bukan apa orang luar dah lama sampai ke sana tapi aku yang duduk kat Pahang ni pun tak sampai-sampai. Tak ke malu hehe.

1 comment:

Unknown said...

wakakakakakaka
wakakakakakaka
wakakakakakaka
wakakakakakaka

hanya tu jek mampu aku komen bab muka bolat ko ihiksss....

Share |