Tuesday, July 22, 2008

Nasi Lemak Buah Bidara

Ada beberapa malam yang lepas aku dan Khairol buat eksperimen. Selama ni asyik makan nasi lemak kat kedai ataupun yang mertua atau mak aku buat. Kali ni kami cuba buat nasi lemak sendiri. Mungkin bagi orang lain mereka akan kata senangnya nak buat nasi lemak, kacanglah tapi bagi aku rumit juga sebab kalau nak masak nasinya santan kena betul-betul cukup tak boleh terlebih atau terkurang.


Sotong yang tengah disiang untuk dibuat sambal sotong.

Proses memasak nasi lemak.

Proses membuat sambal sotong.

Mesti tertanya-tanya siapa yang masak sebenarnya. Untuk makluman aku bukan mendera suami aku ye, dah aku tengah mengambil gambar camne lak aku nak kacau dalam kuali tu kan jadi suami akulah jadi modelnya. Sebenarnya kami buat sama-samalah. Aku bagi arahan suami aku tukang buat heheheh. Untuk memastikan yang nasi lemak yang kami masak betul-betul jadi, jadi kami menjemput sekumpulan pengkritik khas dari Kampung Jawa. Apa-apapun pengkritik yang kami jemput mengatakan yang nasi lemak kami memang 'menjadi'. Ada yang tambah sampai dua kali!!! Tak sia-sia kami buat eksperimen. Lain kali bole buat eksperimen lain lak.
NotaHujungKaki : Tengah nak memahirkan diri dengan ilmu memasak.

1 comment:

E-na said...

wahhh
baguih tol suami ko ek..
memang tak menyesali la ko ihiks...
lenkali ajakla aku...
aku nak mrase gak muahahaha