Monday, July 14, 2008

Mandi Mata Air Panas

Aku ada beberapa lagi posting yang tertunggak. Ok kali ni aku nak cerita pasal percutian aku dalam bulan 5 yang lalu. Sebenarnya tak adalah planning nak bercuti cuma kakak ipar aku, Kak Esah yang kat Terengganu ajak test satu tempat ni. Dia dah pergi dan dia kata kalau nak mandi mata air panas memang best kat situ. So, aku dan Khairol pun join jelah. Mertua aku pun ikut sama.

Tempat ni namanya Taman Rekreasi Air Panas La, terletak di Jerteh, Terengganu. Bila ditulis dalam Bahasa Inggeris pendek je, La Hot Spring. Perjalanan dari bandar Kuala Terengganu kira-kira 1 jam 30 minit tapi memandangkan masa pergi tu aku dan Khairol baru pertama kali jadi perjalanan menjadi 2 jam setengah. Bukan apa banyak pulak tempat persinggahannya, beli keropoklah, singgah kedai runcitlah, singgah pasar malam dan macam-macam lagi. Walau bagaimanapun sebelum maghrib kami semua selamat sampai.



Pejabat Urus Setia

Chalet tempat kami menginap
Kami ambil 2 chalet berkembar. Kat situ tak banyak lagi chalet. Ada kira-kira dalam 15 chalet je baru. Kami diberitahu oleh penjaga tempat tersebut, tempat ni 2, 3 tahun ni baru popular. Sebelum ni tak ramai orang datang. Kemudahan pun tak banyak. Penjaga ni lah ambil inisiatif melalui kerajaan negeri, buat kemudahan semua dan cantikkan lagi tempat ni. Dia beritahu juga dalam tahun ni chalet akan ditambah lagi. Chalet yang kami duduk ni kira yang paling baik sekali. Murah je RM50 untuk satu malam. Semua lengkap cuma tv tak ada dan bekalan eletrik menggunakan generator bermula pukul 7 malam sehingga 7 pagi keesokannya. Air paip pula disambung dari sungai yang memang jernih airnya dan sejuk sangat-sangat. Masa mula-mula sampai tu bila tengok air sungainya macam nak terjun terus. Bukan dalam pun anak aku pun boleh masuk sama.
Kat tempat ni kalau nak buat kursus motivasi pun boleh. Makanan boleh ambil dengan urus setia tempat ni. Dia ambil RM20 satu kepala 6 kali makan sehari (wahhh... aku ni macam buat promosi lak).

Aku tak ambil gambar kolam air panas tu. Selalunya mandi air panas pada sebelam malam dan selepas subuh. Masa tu kan cuaca tengah sejuk jadi taklah rasa panas sangat. Ini gambar aliran sungai dari tempat tersebut tapi ni dah kat luar kawasan dah.

Aku dan Khairol memang berhajat nak datang lagi ke tempat ni. Nak ajak ramai-ramai lagi famili kitorang. Bagus mandi air panas, kalau lenguh2 ke, sakit pinggang, lepas berpantang memang baik. Aku selalu juga sakit-sakit pinggang bila bangun pagi tapi masa kat sana kurang la sikit lepas berendam dalam air panas tu. Masa tu je lar kurangnya. Sekarang ni dah sakit-sakit semula. Nampak gayanya kena pergi lagilah.

NotaHujungKaki : Terbayang-bayang air sungai yang jernih-sejernihnya.

No comments:

Share |