Tuesday, July 8, 2008

Malis Makan-Makan

Hari Sabtu yang lepas aku dan Khairol ada buat makan-makan kat rumah aku. Jiran sebelah kiri dan kanan rumah aku pun join sama. Jiran-jiran aku ni memang sempoi. Buatlah plan apa-apa pun memang menjadi. Kami jemput jiran-jiran kat taman rumah aku dan juga member-member ofis tapi tak semualah.

Antara menu-menu yang ada, ini memang menu utamalah... sate ayam dan daging, ini buat sendiri tau... kalau ada siapa-siapa nak order, harga boleh dirunding (sempat promosi tu).





Nasi impit, timun dan bawang untuk dimakan bersama sate.





Laksa penang





Kuah laksa penang satu periuk... gambo ni aku amik kat dapo takkan aku nak letak satu periuk kat luar lak kan macam nak berniaga je hehe... yang pastinya ramai yang memuji kesedapan kuah laksa ni... mmuahhhh marvellous... juga kepada sesiapa yang nak order harga boleh dirunding.



Puding berkuah... berwarna-warni pudingnya. Semestinya yang warna biru paling menarik hati.





Antara tetamu-tetamu terawal. Yang depan sekali tu bukan tetamu dah tapi memang dah 2 hari awal datang umah aku heheh. Amik dulu sate takut nanti tak sempat kalau tetamu-tetamu lain datang nanti... pandai... pandai.
Alhamdulillah, memang ramai yang datang. Jiran-jiran Cina pun turut hadir. Ada satu masa tu, orang datang serentak, pack sangat masa tu, aku pun tak sempat nak amik gambo. Masa tu rasa cuak juga takut sate tak cukup tapi at last semua orang boleh merasa. Aku memang tak jangkalah ramai yang akan datang tapi memang puas hati la sebab makanan semua cukup. Berlebih pun taklah banyak sangat. Kami rancang nak buat lagi, sebab sebenarnya ramai lagi tak jemput. Mungkin lepas rayalah, best sikit kan.
NotaHujungKaki : Rasa seronok pula buat makan-makan ni. Lain kali nak rancang betul-betul sebab masa plan nak buat ni taklah berapa rancang budget semua.

1 comment:

E-na said...

aduhaiiii...
rugi aku takleh datangg...
aku pun ade BBQ malam tu kat kg..
Pasni buat lagi ek..

pssttt sejak bile ko pandai masak? ahaks... ya ampunnnnnnn