Hari Ahad lepas ofis Khairol ada buat pertandingan bowling antara staf-staf ofis dia. Diorang main secara berpasangan. Aku dan Qistina pun ikut sekali coz duk rumah pun tak ada apa nak buat. Diorang main kat Megalanes.
Sebelum main wajib bergambo dulu. Khairol tu nak amik berkat anak dara dialah tu.
Mama dia pun nak nak masuk juga dalam blog hehe.
Suasana semasa pertandingan berlangsung.
Aksi Khairol nak membaling bola, konon-konon nak buat strike tapi tak strike pun.
Ini balingan nak mendapatkan spare. Nasib baik kena.
Masa diorang semua tengah bermain aku pun pergilah survey2 hamper yang akan diorang dapat. Memang semua akan dapat hamper tapi biasalah aku nak tengoklah hamper mana yang kemungkinan Khairol akan dapat. Tengoklah tu berderet hamper, ada lebih kurang 20 hamper kat situ.
Ini hamper2 utama dari nombor 1 hingga 4. Isi hamper tu semua sama. Harap2 Khairol dapat hamper nilah.
Tengah survey2 tu nampaklah dalam hamper 1 hingga 4 tu ada benda ni. Aku nak yang ini... aku nak yang ini... "Khairol main betul2 at least dapat nombor 4 pun jadilah".
Tengoklah aktiviti Qistina masa Khairol tengah main. Berlari ke sana, berlari ke sini. Aku memang tak boleh leka sebab sekejap je dia dah beralih tempat. Pulak tu dia tak takut. Dia main redah je.
Akhirnya setelah bermain sebanyak 3 game, keputusannya ialah... jeng jeng jeng... aku dapat apa yang aku idam-idamkan. Khairol dapat nombor 1! Tak percaya sungguh aku sebab markah dia bukannya tinggi sangat pun (hehe... ampun bang). Khairol bernasib baik sebab partner dia pun menjadi. Orang lain tak seimbang sebab sorang dapat mata tinggi yang sorang lagi tak lepas haji. Memang rezeki Khairol nampaknya.
.jpg)
Inilah partner Khairol. Staf baru kat ofis dia. Namanya Norsilah kalau tak silap.
.jpg)
Inilah partner Khairol. Staf baru kat ofis dia. Namanya Norsilah kalau tak silap.
Inilah total markah yang diperoleh oleh Khairol. Ena kalau kita main gerenti kalah diorang semua kan? Aku tak sempat nak amik markah partner Khairol.
Hahahah... inilah hamper yang Khairol dapat. Nombor 1 yang mahal tu. Sila abaikan pemandangan di belakang tu yer hehe. Adios!!!
NotaHujungKaki : Lamanya tak main bowling!!!
2 comments:
eh! aku musykil!!!
camne markah kerol byk tu leh menang tmpt pertama?
partner dia teror ngt ke?
aduhaiii.. rugi tak jemput kita kan muahahaha
hehe... abg krol main bowl gaks? terer2.. pekate nanti kita main sesama kak.. lama tak gi main ngan akak... ;)mcm dedulu!
Post a Comment