Monday, July 14, 2008

Kenduri Kahwin

Hari Sabtu lepas member ofis aku telah melangsungkan perkahwinan dengan kekasih hatinya. Aku dengan dia ni kalau kat ofis selalu bertekak. Bukan bertekak macam nak gaduh tapi bertekak manja2 je (uwekkk...!). Dalam geng dia, member nilah yang last sekali kahwin, kira penutup lah. Lepas ni tak boleh panggil dah geng2 bujang sebab semua dah berdua.

Kepada Encik Nazli Shah dan pasangannya Cik Nurul, aku ucapkan Selamat Pengantin Baru dan semoga korang berdua berbahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat. Betul cakap Ena tu bila dah melangkah ke alam perkahwinan kena ada timbang rasa, bertolak ansur, sabar dan saling memahami. Kalau ada apa2 masalah bawa berbincang jangan buat tuduhan melulu. Tahniah!

NotaHujungKaki : Gambar di atas kredit untuk E-na Sulit.

1 comment:

Ayen said...

Bkn ke klu dah kawin kite panggil 'puan'....Nape kat ctu tulis cik nurul..Sorilaa bkn nak komplen tp saje tnye je...