Petang semalam kan aku ada poco-poco. Khairol yang memahami isterinya ini kepenatan (penat ke malas hahaha...) pun berkata.
"Sayang, malam ni tak payahlah masak, kita pergi pasar malam jelah".
"Ye ke, nyusahkan abang je", dengan muka yang ala-ala pemain bola sepak Malaysia yang asyik-asyik kalah... asyik-asyik kalah (padahal dalam hati hoorayyyy!).
Aku dengan pantasnya mengalahkan Superwoman, terus pergi mandi dan bersiap. Pinggg!!! (eh bukan ke aku penat tadi?). Aku buat-buat tak tahu dan terus pandang ke Khairol.
"Jom!"
Macam-macam kat pasar malam tu, rambang mata aku nak membeli. Qistina sepanjang jalan asyik tunjuk-tunjuk.
"Mama, nak tu... Mama nak ni..." (Ape ko ingat semua tu bole pakai ambik je, takyah pakai duit! Cool... cool...)
Akhirnya ini sahaja yang kami beli. Nak tengok aku buat magic tak?
Sekejap tak ada...
Sekejap ada... Aku beli nasi goreng kuali beso tu je, RM1.50 tanpa telur. Telur tu aku goreng sendiri la kat umah.
Mee hun goreng yang pastinya untuk Qistina serta dikongsi juga oleh mama dan ayahnya.
Tengok tu betapa seleranya Qistina makan.
Khairol daring je tengok aku sebab dia kena warning dengan anak dara dia suh duk jauh-jauh sebab menghalang nak tengok tv... kuangkuangkuang... !
Aku tak kisahpun. Aku dah dapat nasi goreng dan sempat tengok cerita favourite aku, Bones.
NotaHujungKaki : Dialog-dialog di atas hanyalah rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang mati. Sekian.
4 comments:
Thanks. Im Inspired again.
Gomen kudasai.
Amboii mcm rancangan jln2 cari mkn je yek...Mcm2 gambar buah2an dan makanan yg d ambil...Ape2 pun,baguss...cantik....
dalam banyak2 gambar ko amik alik2 nasi grg kicap tu jek yg ko beli... aduhaaaaaiiii....
Post a Comment