Friday, July 4, 2008

Hadiah Hari Lahir

Hari semalam memang aku sangat-sangat kenyang. Apa taknya, masa minum pagi dalam pukul 10.30 pagi, aku belanja member ofis, Kak Yati dan Kak La makan. Aku makan mee hun goreng udang, yum...yum...yum...!
Tengah hari pulak Khairol belanja makan kat KFC Teluk Chempedak. Rasa nak tarik nafas pun tak lepas.

Ini pemberian daripada orang yang tersayang. Pagi-pagi hari dah pergi membelikannya untuk aku. Hehe rasa touching sangat. Walau pun tiap-tiap tahun tapi tetap special di hati aku.

Ini pula pemberian daripada member-member ofis. Terpaksa ambil gambar 2 kali sebab tengoklah senarai mereka-mereka yang terlibat tu panjang betul. Lagi pun kan ambil pakai kamera hp je, kurengggg... la sikit.

Apa la gamaknya benda di dalam kotak ni. Jangan diorang pedajalkan aku sudahlah...

Bila dah dibuka dengan rakusnya oleh aku hehe... tadaaaaaa... aku suka... aku suka... aku suka... bolehlah menambahkan koleksi aku yang baru nak ada ni heheh...

Tengok tu nama brandnya yang tengah jadi kegilaan mak-mak orang dan isteri-isteri orang di ofis aku termasuklah aku serta segelintir anak-anak dara. Sorilah gambar kurang terang sebab kaler kotaknya pun gelap.

Terima kasihlah yang tidak terhingga kepada penyumbang-penyumbang hadiah di atas. Semoga Allah S.W.T melimpahkan rezeki kepada anda semua.

NotaHujungKaki : Bukan hadiah menjadi ukuran tetapi keikhlasan yang diutamakan.

1 comment:

E-na said...

hepi belated besday wehhh
adusss camne aku leh lupa ni..
ko nak adiah pe heheheh
nanti aku kasik ek...