Minggu lepas aku dan Khairol bawa Qistina gunting rambut. Ini kali pertama Qistina gunting rambut di kedai. Selama ni kitorang sendiri yang gunting rambut dia. Alaa... gunting sikit-sikit je kat dahi dia dengan rambut kat belakang. Itu yang jadi tak sama sikit heheh.
Posing terakhir dengan rambut lama bersama ayahnya.
Saat-saat terakhir Qistina dengan rambut lama. Khairol sedang memberikan kata-kata semangat kepada anak daranya.
Di tengah-tengah proses menggunting rambut, Qistina dah mula resah. Sekejap tunduk, sekejap pusing ke kiri, ke kanan. Nasib baik tukang gunting tu pantas kerjanya.
Di peringkat akhir, tukang gunting tengah blow rambut dia. Tengoklah rupa Qistina tu dah muncung dah. Mata menjeling je pandang macam nak makan je tukang gunting tu. Nasib baik siap sebelum dia mengeluarkan suara yang ala-ala Ning Baizura hahaha. Dah siap pun rambut dia. Cuma RM4 sahaja. Untuk mengubat hatinya kami pun bawalah Qistina pergi makan. Kat area Indera Mahkota je.
Oleh kerana masa tu dah pukul 6.30 petang, perut pun memang dah lapar, kami orderlah nasi dengan lauk. Lauk-lauk yang kami order dalam gambar tu ialah daging masak merah dan ayam goreng halia.
Ini pula telur bistik. Sedapppppp...!
Khairol order laicikang tapi Qistina yang habiskan sorang.
Tengoklah tu tengah asyik minum laicikang sambil layan tv. TV depan meja memang tak beralihlah pandangan dia.
Aksi-aksi Qistina bersama rambut barunya sambil melayan tv.
Wahhh... memang lapar betul kitorang sampai habis licin pinggan-pinggan. Kitorang memang selalu beli makanan kat kedai ni. Selalunya kitorang bungkus je masakan panas. Toke kedai tu pun dah kenal kitorang. Sampai kitorang telefon je kalau nak order apa-apa sebelum nak pergi kedai dia, bila dah sampai kitorang ambil jelah tak payah nak tunggu-tunggu lagi. Adios!!
NotaHujungKaki : Sepupu-sepupu Qistina semua pakat kata rambut Qistina macam rambut Bella (drama kat TV3 yang Elly Mazlin berlakon jadi Bella).
2 comments:
ni nak pujuk anak ke atau nak melantak utk prot sendiri ni muahahahaha
comel nye tina.. tp nampak dah lain sb dah beso... ;)
kak.. bosannye keje kat sini...
;(
Post a Comment