Monday, July 14, 2008

Bunga




Aku nak tunjuk kat korang gambo ni. Bunga ni dijumpai di kebun mertua aku di Lamir, Pekan. Mula-mula aku ingat bunga rafflesia tu, sebab masa mula-mula mertua aku bagitau dia kata ada bunga beso cam bunga kat tv tu. Dalam hati aku memang sangka bunga rafflesia lah, cehhh sempat berangan tu ohhh nanti glemerla kebun mertua aku. Jadi salah satu tempat untuk melihat bunga rafflesia. Mesti tercatat dalam kalendar pelancongan Pahang la. Lepas tu mertua aku, dengan aku sekalilah kena interview bagai. Hahaha perasan! Bila aku tengok memang bunga tu beso tapi bukan bunga rafflesia. Musykil jugak aku bunga apa ni ek? Kalau ada sape-sape yang tau bunga ni bunga ape bagitau la ek.
NotaHujungKaki : Hargailah khazanah alam kita.