Malam tadi hanya aku dan Qistina saja menanti detik 3 Julai 2008. Khairol nun jauh di Kuala Lumpur namun jam 12 tengah malam dia tetap orang yang pertama wish aku. Nothing special untuk sambutan birthday aku. Yang penting ingatan orang yang tersayang.
Aktiviti Qistina sementara tunggu ayahnya balik. Tak taulah apa yang dibuatnya siap ada beg sekolah lagi pada hal lambat lagi nak gi sekolah. Beg sekolah tu sepupu dia, Kak Chik yang umur 11 tahun bagi sebab nak beli beg baru. Kak Chik ni dah segan nak bawa beg gambo kartun-kartun ni sebab dia dah jadi 'anak dara'.
Sambil-sambil tu mata tengok tv. Kami ni kadang-kadang tidur kat ruang tamu sebab kat dalam bilik berbahang panas. Sebab tu ada toto, bantal semua tu.
Mama dia pun nak masuk gambo sama tapi mata tu tetap tengok tv. Inilah gaya kami yang kebosanan menanti lelaki kesayangan kami balik. Aku seperti biasalah kalau hari Rabu memang tak miss cerita favourite aku.
Ni dia cerita favourite aku. Hari Rabu CSI Miami. Ni yang season terbaru. Lepas habis cerita ni CSI : Crime Scene Investigation tapi yang season lepas diulang semula. Kalau hari Selasa pula CSI : New York, season baru juga. Cuma yang untung ASTRO ni, kalau aku termiss boleh tengok ulangan dia nanti tapi kena aware lah waktu-waktu ulangan tu.
Boring-boring tengok tv, bergambo pula.
Nak tunjuk hasil kreativiti anak dara aku. Hehe abstrak tak? Inilah yang ayah dia angin sangat. Ye lar buku belambak dah beli untuk dia conteng-conteng tapi dinding juga yang jadi pujaan hati. Nasib baik pakai pensil, bolehlah lagi nak cuci kalau pakai pen ke marker ke tak ke naya kami. Aku taknak marah beria sebab nanti menyekat pula kreativiti dia kan. Ala Khairol tu marah, marah gitu-gitu je gempaknya bukan main tapi bila anak dara dia buat muka innocent, kecik-kecikkan mata memang cair punya ayah dia.
Tengah aku asyik tengok CSI, tengoklah projek anak aku. Nak belajar jadi mak andam apa. Memang anak aku ni jenis pemerhati lepas tu dia ingat apa yang dia tengok. Dia tahu dan ingat barang yang ni pakai kat mana, yang ni pakai kat mana.
Close-up dari dekat.
Aku memang tak suka kalau Khairol kena outstation walaupun semalaman. Pula tu masa birthday aku pula dia tak ada. Tunggu punya tunggu pukul 4 pagi Khairol sampai rumah. Qistina memang dah terbungkang tidur. Aku pun lepas buka pintu terus landing semula. Ngantuk siot!!!
NotaHujungKaki : Sedar-sedar tak sedar dah 31 tahun aku hidup di bumi Allah S.W.T. Rasanya masih banyak lagi aku perlu belajar, belum cukup lagi amal ibadat, masih banyak lagi aku nak memperbaiki diri. Mudah-mudahan Allah S.W.T. panjangkan umur dan memberkati kehidupan aku.
1 comment:
happy birthday kak.. ahai dah makin tua ek kita ni..(termasuk ai la kan)... huhu
wah seronotnye lahai ngan tina tuh.. haha.. kelakar sokmo tgk perangai dia tu... ;')
Post a Comment