Monday, July 28, 2008

Balik Kampung

Hujung minggu baru ni memang penuh aktiviti aku. Khairol ajak aku pergi balik kampung Pak Ngah di Raub. Kalau ada yang masih ingat posting aku yang lepas ada aku cerita pasal Pak Ngah Din dia ni. Bukan apa sekarang ni kan musim buah jadi Mak Ngah dia dah banyak kali telefon suruh balik kalau nak makan buah. Kami bertolak ke Raub pada hari Jumaat selepas Maghrib. Oleh kerana perjalanan di sebelah malam jadi tak ada apalah yang boleh aku ambil gambar. Hajat hati nak tengok Tok Wan sekali tapi dia tak ada, duduk kat umah anak dia yang sulung, abang kepada Pak Ngah. Khairol memang malas kalau nak pergi ke umah anak Tok Wan yang itu.



Kereta aku yang comel tu pun nak enterframe hehe.

Inilah dia rumah Pak Ngah Din di Felda Klau. Dah lama Pak Ngah Din sekeluarga menetap di sini dari masa Felda ni baru diteroka lagi. Kalau ada sesiapa yang mengikuti berita semasa Felda nilah salah satu tempat yang akan ditenggelami apabila Empangan Klau siap nanti. Jadi, kalaulah memang jadi projek empangan tu tak adalah kami nak balik sini lagi. Tak adalah lagi tempat nak ambil buah rambutan, manggis dan durian lagi.



Ni masa dalam kereta pada pagi Sabtu nak pergi ke Pasar Pagi (macam Pasar Tani) di Ulu Gali, Sungai Ruan. Kat belakang tu ada Kak Ngah anak Pak Ngah Din dan Kak Long, cucu dia. Perjalanan ke sana dari rumah Pak Ngah Din lebih kurang 20 minit.



Pemandangan di sepanjang perjalanan ke Pasar Pagi. Masih berkabus lagi kat atas-atas bukit di kiri kanan jalan. Hehe... hidung, misai dan mulut Khairol pun nak enterframe.



Inilah rupanya Pasar Pagi kat sana.



Khairol biasalah kalau pergi Pasar Pagi ke Pasar Malam ke kat mana-manalah mesti tempat bundle yang dituju dulu. Biasalah nak tambah koleksi dialah.



Memang nak jadi rezeki dialah dapat 6 helai t-shirt. Cantik-cantik pulak tu. Sempat ambil gambar 3 helai je yang lagi 3 helai lain kali ek.



Jalan punya jalan jumpa ikan sungai. Khairol pun belilah dua pinggan RM10.



Emm... lengan Khairol pun nak enterframe.

Sungai Ruan kan terkenal dengan duriannya jadi sepanjang jalan dari rumah Pak Ngah Din ke Pasar Pagi tu ada lebih kurang 10 tempat memunggah buah durian. Memang banyak kebun durian kat sepanjang jalan tu. Ada kat satu tempat tu Khairol siap turun sebab ada sebuah lori tengah memunggah buah durian. Khairol saja tanya satu bakul tu berapa ringgit tapi toke tu cakap dia tak jual sebab semua buah durian tu dia nak hantar ke Singapura. Wahhh... Singapura pun ambil durian daripada Malaysia, dari Raub pulak tu.



Balik dari Pasar Pagi melepak je kat rumah. Ikan sungai tu separuh digoreng dan separuh lagi masak gulai tempoyak yum... yum....



Sebelah petang pulak kenduri makan durian.

Inilah dia Mak Ngah Khairol. Mak Ngah ni memang suka kalau keluarga Khairol datang terutamanya kami (perasan). Dia tak kisah nak kena memasak banyak ke, kami nak makan apa-apa lauk kampung ke dia sanggup buat. Kadang-kadang Mak Ngah ni segan juga sebab keadaan keluarga dia serba kekurangan tapi kami cakap kami tak kisah pun. Kalau kami datang memang kami akan bawa la serba sedikit barang-barang keperluan dapur. Bila nak balik selalunya Khairol akan bagilah sedikit belanja tapi Mak Ngah ni selalunya mesti taknak terima sebab yelar mungkin dia taknak menyusahkan orang tapi kami dah anggap Mak Ngah macam mak sendiri dah.



Tengoklah pokok rambutan ni, punyalah lebat buahnya sampai nak mencecah tanah dah. Ini rambutan gading, memang warna kuning.



Ini pula pokok satu lagi, rambutan gula batu. Sedapppp...!!!



Ini hari Ahad, tengahari nanti nak balik jadi pagi tu kami pun mula la operasi kait rambutan untuk dibawa balik. Dapatlah seguni, ye lar ambil bebanyak pun bukan bole bawa balik, kereta kami kan comel. Emmm... memang kena beli kete beso ni, kalau musim buah ni senang nak angkut buah.



Ini pula operasi ambil buah manggis. Oleh kerana dahan-dahan manggis tu kurus-kurus belaka jadi menjadi tugas cucu-cucu Mak Ngah lah memanjat. Kalau Khairol yang memanjat tak taulah, bukan buah yang gugur, dia yang jatuh ke bawah. Qistina tugasnya tunggu kat bawah je kutip buah manggis yang jatuh.


Bunga-bunga matahari, anggun mekar di taman sari... Satu lagi Mak Ngah ni memang rajin menanam bunga. Macam-macam jenis bunga ada kat rumah dia. Kadang-kadang kalau kami datang kami mintaklah sekali kalau ada bunga-bunga yang dia semai tu. Jahat kan penat-penat Mak Ngah semai kami rembat bawa balik tapi Mak Ngah jenis tak kisah pun. Siap tolong lagi ambil mana-mana pokok bunga yang kami berkenan.







Qistina pun memang seronok kalau balik sini sebab dia boleh main macam-macam. Main pasirlah, panjat-panjatlah, berlarilah, memang tak boleh nak tegah. Lagipun aku rasa biarlah dia main, bila lagi kan.



Inilah buah-buah yang kami bawa balik. Bukan 2 guni ni aje, ada lagi.

Inilah rupanya bonet kereta aku yang comel tu selepas disumbat guni-guni buah tu. Kalau ikut Mak Ngah dia suruh bawa balik sekali buah durian tapi Khairol taknak sebab tak sanggup nak bau sepanjang jalan nanti.



Kami bertolak balik dari rumah Mak Ngah kira-kira pukul 1.45 petang. Walau bagaimanapun kami tak terus balik ke Kuantan. Ada satu tempat lagi kami singgah. Aku akan cerita dalam posting aku yang seterusnya. Adios!!!


Khairol dan Qistina nak pergi mana tu? Bersambung...
NotaHujungKaki : Penat makan buah.

2 comments:

Unknown said...

mak aiiiii
panjang giler entry ko yang ni...
letih aku nk scrollnye..

pssttt nak rambutan kunen skilo hehehehe

Anonymous said...

fuh... happening siot... eheh dah sampai tmpat gajah asal tak tros ke kl jek.. hehe.. org dah shoppin2baju qistina.. waduh mcm anak gua plak... ehe... cant resist sb baju budak sangat comel.. tu petanda org harus kawin la tu ;)

xoxo

Share |