Monday, July 14, 2008

Baju Qistina

Malam Sabtu yang lepas aku, Khairol dan Qistina pergi ke The Store, Kuantan Parade nak shopping baju Qistina. Bukan apa kesian kat anak dara aku tu, baju-baju dia dah sendat dan seluar pun dah singkat sampai anak aku tarik-tarik kaki seluar dia bila pakai. Pulak tu The Store tengah sale jadi aku mengandaikan banyaklah yang aku akan beli tapi pilih punya pilih ini je yang aku berkenan. Tak banyak sangat choice. Banyak baju2 lama nak dihabiskan stoknya.



Qistina tengah membelek-belek bajunya. Mana satu nak pakai dulu ni ek?

Siap memperaga lagi ala-ala model kanak-kanak lak. Ala malulah kakak, mama ni...

Lepas tu tak malu dah.

Siap buat aksi lagi.

Dengan gambo mama dan ayah pun nak beraksi jugak ke? "Nape aku tak ada ek dalam gambo ni?" Qistina.



Peace...! Versi Qistina
NotaHujungKaki : Kalau berbelanja untuk anak-anak ni memang tak berkira langsung kan?