Wednesday, July 16, 2008

Anak Saudara Baru


Hari Ahad lepas aku balik umah mak aku. Kebetulan ramai yang balik, Abang Kandar balik anto mak aku yang sebelum ni dah sebulan kat umah dia menjaga cucu. Abang Mail pun balik juga dari Mentakab. Memang langkah kanan aku balik sebab boleh tengok anak sedara aku yang terbaru, Ilyas Sufi namanya kalau tak silap lah. Sufi ni cucu abah dan mak yang ke 14 dan pada 30 Julai ni genap umurnya 4 bulan. Semangat betul badan dia geram pulak aku tengok. Yang bestnya badan dan kepala dia dah tegap jadi tak susah nak pegang dia. Bila tengok baby ni rasa nak mengandung lagi berkobar-kobar lak tapi sabar... sabar... kena habiskan dulu program-program yang tengah berjalan ni.

Qistina tengah asyik menghisap susu. Di belakang tu sepupunya Aishah, anak Abang Mail. Yang tengah baca paper tu Khairol lah dan yang nampak kaki je tu Abang Mail.

Masih gambar yang sama tapi yang bertambah Kak Siah

Qistina dan Ienas berebut telefon. Telefon tu telefon lama. Abah aku dah siap bagi sorang satu dah telefon tapi masih nak berebut juga.

Inilah telefonnya. Yang biru tu untuk Qistina dan Ienas punya yang tengah dipegangnya. Beginilah keadaannya bila dah ramai kat umah. Macam-macam aksi ada.








Aksi-aksi 2 orang sepupu, Qistina dan Ienas. Ienas ni umurnya 3 tahun, lebih setahun dari Qistina tapi yang peliknya dia masih tak boleh bercakap dengan betul. Apa yang dia cakap tak berbutir langsung macam cakap Jerman lak. Yang bestnya bila birthday dia satu Malaysia sambut mesti tau kan tarikh apa, tiap-tiap bulan Ogos setiap tahun tu. Nanti aku uploadkan videonya untuk korang dengar.

Aksi Ienas bersama Khairol. Biasalah kalau dengan Khairol semua kanak-kanak suka nak dekat walaupun jarang-jarang jumpa. Laki aku ni memang pakai ilmu ni. Ilmu usik-mengusik hehe.




Sebelah petangnya masing-masing dah mula nak bertolak balik. Mula-mula Abang Kandar sebab dia jauh sikit kat KL, lepas tu Abang Mail pulak. Tengoklah gambo di atas, mula-mula ada 3 buah kereta, last-last tinggal sebuah, kereta aku la tu. Takkan aku pun nak balik sama dengan diorang mahu kena pelangkung dengan abah aku. Rumah dekat pun nak balik awal-awal heheh.

Korang dengarkanlah sendiri ek apa yang Ienas cakap. Memang best bila jumpa adik-beradik kita ni. Aku memang dah lama tak jumpa sebab diorang pun jarang balik. Macam Abang Kandar tu dia sibuk sebab kerja dia tak tentu masa jadi susah nak balik. Abang Mail adalah juga balik sekali-sekala tapi kadang-kadang time dia balik aku tak boleh balik macam tu lah. Walaupun kami jarang jumpa tapi mereka semua sentiasa dalam ingatan. Ya lah aku sekarang ni nak mengeratkan lagi perhubungan kami sebab aku dulu kan duduk dengan nenek (arwah) dari kecil sampailah aku nak kahwin jadi kureng sikitlah dengan adik-beradik aku yang lain. Apa yang pasti sekarang ni aku nak kembalikan semula keakraban kami.

NotaHujungKaki : Air yang dicincang tak akan putus.

2 comments:

Unknown said...

ye ke Kerol ade ilmu usik mengusik bagi kanak2? Pesal anak aku tak ek.. heheheh...

Ayen Giggs said...

Care ckp tu mcm teringin sorang lg nmpak.Alaahh....klu nak ngandung skrg ni pun ape salahnye.Stakat pogrem menari poco-poco tu blhnye dlm keadaan mengandung.Hahaha....

Share |