Thursday, July 10, 2008

Aktiviti Seorang Isteri

Malam tadi masak simple2 je, ye lar kami kan 2 orang je makan. Masa ni Qistina tak ada sebab dah 'berumahtangga' kat umah jiran kami. Kami sampai je umah petang semalam, terus dia main-main dengan anak jiran sebelah sampai taknak balik-balik ke umah. Memang dia ngam betul dengan jiran sebelah. Lagipun diorang memang rajin melayan lagi dia naik tocang tapi aku tak kisah sebab jiran aku tu memang best dan sempoi. Walau bagaimanapun, aku taknaklah Qistina selalu sangat ke umah diorang yelar nanti menyusahkan diorang lak. Qistina tu banyak betul kehendaknya, nampak benda-benda yang berkenan skit mulalah, nak itulah, nak inilah, lebih-lebih lagi barang-barang makan ni.

Sayur bayam masak air, lebih kurang sup sayur lar, letak ayam bagai. Ini khusus untuk Qistina sebab dia memang minat sup-sup ni.

Ayam goreng kunyit. Memang kesukaan Khairol. Kalau makan kat kedai dah berapa ringgit kan, baik masak sendiri kat rumah lagi best. Kalau hari bekerja nak masak, macam ni jelah lauk-lauknya. Simple dan cepat. Dah sampai umah kul bape, lebih kurang 6 lebih. Masak simple2 cam ni sebelum pukul 8 dah boleh makan. Jimat pun jimat hehe.

Lepas makan dah kenyang semua aku ajak Khairol pergi umah tukang jahit baju kurung aku. Tukang jahit ni sebenarnya mak kepada member kami. Kami pun panggil dia Ma singkatan Mama. Kalau baju kurung memang aku hantar ke Ma sebab harganya pun murah dari tempat lain. Lagipun jahitan dia ok juga, aku selesalah pakai.


Inilah baju-baju kurung yang aku tempah, baju aku ada 7 pasang, baju Qistina 2 pasang. 2 pasang sedondon dengan anak aku. Masa ambil tu, aku hantar lagi 2 pasang. Siap pesan sebelum puasa nak ambil. Aku selalunya hantar kain sekali banyak-banyak, 3, 4 pasang ke. Ye lar kalau nak pegi hantar sepasang tak berbaloi aku rasa sebab rumahnya di Taman Tas. Habiskan duit minyak aku je.

NotaHujungKaki : Ada orang pakai baju barulah nampaknya!

2 comments:

Unknown said...

caitttt...
stara masak camtu, aku pun reti ahaks.. mujur dapat laki tekak tak berkira kan ahaks...

amboii...awalnye dh siap baju raya, poser thn lps dh abis ganti ke blom...ihiks..

yada said...

byknye tempah baju.. orang selai pon lom lagik haha...

nak buat blog baru ni... ntah bila la dapat berblog... hehe ;)

aritu kandar dtg umah bawah mak senab.. inas tu kelaka la.. bercakap cam bahasa jepun jek.. aina ok kan cakap? pastu org dah la baru balik keje.. habis dia dok ajak main mcm2...

Share |