Mulai esok aku akan bercuti selama 2 hari. Campur Sabtu dan Ahad jadi 4 hari. Tak sabar rasanya sebab aku, Khairol dan Qistina akan ke Pulau Tioman selama 3 hari 2 malam. Ini kali ke-2 aku ke sana. Pertama sekali masa aku masih di sekolah menengah, kira-kira 15 tahun yang lalu. Aku harap Pulau Tioman masih macam dulu, pantainya bersih, airnya hijau kejernihan, ikan-ikan masih banyak dan terumbu karangnya masih kekal terpelihara.
Aku juga tak sabar untuk bertemu semula rakan-rakanku masa di sekolah menengah. Ada beberapa rakanku telah menganjurkan reunion kami di Hotel MS Garden. Jadi, balik dari Pulau Tioman aku kena bergegas pulang ke Kuantan untuk menghadiri reunion ni. Perasaan aku sebenarnya bercampur baur mengingatkan apa yang akan berlaku nanti. Agaknya bagaimana rakan-rakanku sekarang ni, adakah mereka banyak berubah, apa pekerjaan mereka dan macam-macamlah.
Satu lagi yang aku nantikan ialah Beverly Hills 90210! Pada mereka yang seusia dengan aku mesti ingat cerita ni kan? Masa mula-mula cerita ni ditayangkan dulu aku rasa masa tu umur aku 13 atau 14 tahun. Aku memang minat giler cerita ni sebab ye lar cerita ni berkisarkan kehidupan remaja. Aku masa tu pun tengah menginjak ke umur remaja jadi memang kenalah. Lagi pun aku ni memang suka berangan-angan sikit. Di sekolah pun ada kalanya kita mengalami keadaan seperti dalam cerita tersebut. So, kepada peminat-peminat Beverly Hills 90210, nantikan kemunculan siri ini pada 14 Jun 2008, di 8TV pada pukul 11.45 malam.
Apa-apa pun aku nak habiskan cuti aku dengan sepuas-puasnya. Lepas balik bercuti nanti aku akan ceritakan aktiviti aku masa aku bercuti nanti. Adios!
NotaHujungKaki : Tengah seronok layan DVD Gilmore Girls. Baru tengok Season 1, ada lagi 6 season nak habiskan tapi aku enjoy! (ikut kata Puteri).
1 comment:
kak kamu toksah comment kat blog xanga tu.. org nak wat blog baru la kat blogspot tp lum buat2 lagi.. hehe... bestnyer g tioman.. org nak pegi tak pegi2 lagi.. haha.. sian...
org dah keje mgu ke 4 kat company financial advisory.. comp kecik jek.. tp oklah kot wat cecarik pengalaman.. kat boulevard midvalley... bercinta gak naik tren hari2... ade dpt interview kat tmpt2 lain.. dipertimbangkanlah kalo dapat.. huhu...
1st pas hbs praktikal aritu keje kat company property.. tahan seminggu jek trus larik.. haha..
Post a Comment