Berakhir sudah demam Akademi Fantasia. Demam ke? Kalau masih ingat aku ada review untuk konsert 1 dan 2 sahaja. Selepas itu? Entahlah, aku dilanda kemalasan yang amat sangat untuk mengulas. Lagipun, di pertengahan aku tak mengikuti sangat konsert-konsert di setiap minggu. Cuma pada 3 minggu yang terakhir baru aku kembali semula menontonnya pada setiap hujung minggu.
Tahniah Stacy kerana berjaya menjadi juara Akademi Fantasia Ke-6 dan juara ke-2 perempuan selepas Mila pada musim yang lepas. Juga berjaya masuk ke kelompok Kelab Juara-Juara Akademi Fantasia (hehe... pandai-pandai je aku). Bagi aku she's deserved it. Stacy dah berusaha keras, memberikan sepenuh komitmen, berjaya memberikan persembahan yang menghiburkan jadi itulah ganjaran yang sepatutnya.
Dengarnya musim ke-7 akan menyusul pada tahun depan. ASTRO rupanya tidak tunduk pada tekanan untuk merehatkan AF buat beberapa tahun. Yalah, AF kan memberi pulangan yang bukan sedikit walaupun... (ikut cakap Riz) peratus undian pada musim ini agak merosot. Cuma kalau betul ASTRO tetap nak adakan AF pada tahun depan ASTRO kenalah memikirkan cara-cara untuk menaikkan kembali rating AF setelah jatuh merudum selepas AF3 (Mawi memang hebat kerana berjaya mengambil semua aura sehingga AF yang selepasnya).
11 cadangan aku untuk AF Musim Ke-7:-
1. Tolonglah ambil pelajar-pelajar yang betul-betul boleh menyanyi.
2. Tolonglah ambil pelajar-pelajar yang ada personaliti dan karekter yang tersendiri (ada faktor-X).
3. Tolonglah ambil pelajar-pelajar yang mempunyai suara yang unik, yang sekali kita dengar membuatkan kita jatuh cinta, meremangkan bulu roma dan sebagainya (teringat masa tengok final Bintang HMI yang masa Siti Nurhaliza menang, dengar je suara Siti Nurhaliza terus terdetik dalam hati yang budak ni akan jadi juara).
4. Tolonglah mansuhkan syarat umur sehingga 45 tahun. Buat sampai umur 35 cukuplah. Tak sangguplah nak tengok bapa-bapa, mak-mak, atuk-atuk, nenek-nenek ni kena kritik kaw kaw.
5. Tolonglah jangan lantik guru vokal banyak-banyak, nanti keliru pelajar-pelajar nak ikut yang mana satu. Kalau nak seimbangkan antara pelajar dan guru vokal, buat macam ni contohnya guru vokal Cikgu Siti Hajar, Cikgu Shafi dan Cikgu Gevernie jadi pembantu.
6. Tolonglah lantik Cikgu Tarian yang baru menggantikan Cikgu Linda Jasmine. Bukannya beliau tidak bagus tapi rasanya cukuplah 6 tahun tu. Sudah sampai masanya akademi memerlukan perubahan.
7. Tolonglah ambil RA yang berumur sikit, janganlah ambil yang muda-muda sangat. Rasanya RA ni tugasnya menjaga kebajikan pelajar-pelajar ibaratnya pengganti ibu bapa. Kalau yang berumur ni akan lebih dihormati dan tak adalah jadi insiden kutuk-mengutuk RA oleh Riz dan Nadia.
8. Tolonglah jangan naikkan rating dengan cara yang murah. Contohnya bila tak ada pelajar-pelajar yang suka sesama sendiri, mulalah nak kenenkan orang tu, kenenkan orang ni. Meluat jadinya. Kalau macam Khai dan Rosma tu lainlah (itu betul-betul bukan cubaan).
9. Tolonglah ganti Jasmi Rejab tu. Kasihan aku tengok pelajar-pelajar tu terutama yang perempuan dipakaikan baju yang sebegitu rupa. Macam jadi bahan eksperimen pula. Aku pun tak faham apa yang membuatkan dia fikir baju pelajar-pelajar pakai tu cantik dan sesuai.
10. Tolonglah ambil pengkritik yang memang ada ilmu mengkritik bukan yang kita pun tak faham apa yang dikritiknya. Lepas tu hentam je tahu tapi tak ada pula bagitahu apa yang salah dan tak ada pula nak tolong betulkan. Pelajar pun sampai ke sudah pening memikir kat bahagian mana yang dia nyanyi salah.
11. Akhir sekali yang paling penting tolonglah tukar pengacara tu. Walau pun dia buat lawak tapi aku rasa nak menangis dengar. Carilah pengacara-pengacara lain selain daripada AC Mizal. Kalau susah sangat Nabil Raja Lawak pun boleh... lu pikirlah sendiri!
NotaHujungKaki: Emm... sejak bila pula aku ni ada masa memikir benda ni semua.
1 comment:
kak.. mane la ilang ni.. org cek ari2 blog akak ni takde pun post.. haha...
Post a Comment