Sudah beberapa minggu aku tidak menjenguk ke sini. Tidak menulis, tidak membaca apatah lagi membuka blog ini. Entah kenapa aku dihambat kesibukan yang teramat sangat. Sibuk dengan kerja, sibuk sebagai isteri, sibuk sebagai ibu, setiap hujung minggu mesti terisi dengan pelbagai rancangan. Beberapa minggu yang lepas aku berpeluang untuk bercuti ke satu tempat yang aku kira masih terjaga lagi keindahan, kebersihan dan kesegarannya.
Dalam satu perjalanan, seorang ayah yang sedang memandu mengajar anaknya yang berusia 2 tahun 3 bulan.
"Tengok tu, lembu." Si anak pun menoleh ke arah yang ditunjukkan dan mengikut apa yang disebut ayahnya.
"Embu."Mama yang duduk di sebelah hanya tersenyum.
"Pandai kakak." Puji si ayah.
Selepas itu setiap kali ternampak lembu di tepi jalan si ayah akan bertanya kepada anaknya.
"Apa tu kak?"
"Embu." Jawab si anak.
"Pandai kakak." Puji si ayah lagi.
Selepas beberapa ketika, ternampak lagi sekawan lembu. Si anak pula lebih pantas bertanya.
"Apa tu, yah?"
"Lembu." Dengan yakin si ayah menjawab.
"Andai, yah." Si anak memuji dengan penuh keikhlasan. Mama yang di sebelah dah gelak tak ingat dunia.
NotaHujungKaki: Kadang-kadang kita lupa apabila kita mengajar orang, sebenarnya kita turut belajar sama.
1 comment:
kids kalo time membesar plg best.. mcm2 ragam... kan? aritu g umah kandar.. tgk sufi.. cute jek... inas lak ngan bahasa jepun dia... xbley benti gelak dgr butir dia berckp... sebijik jepun... ;)
Post a Comment