Emm... apa aku nak cerita pasal Konsert Kedua ni ye. Pada keseluruhannya aku masih merasakan konsert ni biasa je tiada apa-apa yang mengujakan cuma seorang pelajar je yang menarik minat aku. Oklah, ulasan aku seperti biasa iaitu dalam ranking paling aku suka hingga yang paling aku tidak suka.
1. Stacy
Stacy ni memang seorang pelajar yang bagus. Apa ilmu yang diajar semuanya masuk ke telinga kanan dan terus pergi ke otak. Vokal yang bagus dan persembahannya tidak berlebih-lebih. Nice to hear and see.
2. Nubhan
Aku suka persembahan Nubhan. Walaupun ada masalah tempo tapi nyanyiannya membuai perasaan. Aku suka!
3. Faisal
Faisal berjaya membawa lagu rock dengan baik. Aku pun tak sangka. Yalah walaupun tak perfect tapi jauh lebih baik daripada persembahan nasyidnya minggu lalu.
4. Saida
Kalaulah Saida tak sedih dan malu aku rasa dia boleh membuat persembahan yang wow! pada malam tu. Lagu dah memang seksi, kalaulah dia boleh menterjemahkan lagu tu menerusi vokal dan gerak tubuh memang bang bang boom! Kalaulah la kan...
5. Riz
Ketepikan soal peribadinya dalam diari, Riz memang mempunyai suara yang baik dan very confident cuma itulah bila lagu yang rancak dan memerlukan dia menari, memang nampak semput. Lagi satu baju yang dia pakai tu tak sesuai (aku jadi tertanya-tanya Jasmi Rejab tu study ke tak pasal fesyen ni). Orang yang badan berisi mana sesuai pakai baju corak jalur melintang. Lagi menampakkan dia berisi dan memang berlaku pun bila Riz menari aku nampak macam perut dia je yang bergegar... oppsss....
Suara Nadia memang best tapi aku tak rasa teruja pula tengok persembahan dia. Satu lagi baju yang dia pakai membuatkan Nadia nampak lagi pendek (Jasmi Rejab tak study lagi ker... itulah malam-malam pakai spek hitam... itu yang tak nampak dressing pelajar-pelajar).
7. Rina
Percubaan yang baik tapi bagi aku suaranya kedengaran biasa je walaupun tak sumbang sangat.
8. Stanly
Stanly pun ada masalah macam Riz. Lagipun aku rasa Stanly ni over sikitlah. Dia tahu suara dia bagus tak ramai orang yang ada suara macam dia jadi dia ingat kalau dia nyanyi hentam keromo pun sedap juga. Padahal aku dengar tak berapa best. Stanly kena belajar la nak lontar suara dengan betul.
9. Lufya
Ok juga dia bawa lagu dangdut tapi geleknya tak konsisten dengan nyanyian dia. Lufya tak tahu bila masa dia harus gelek. Kadang-kadang bila part tak perlu gelek dia gelek and one more thing aku nampak ketiak dia basah oppsss...
10. Alif
Suara Alif bagus tapi bila part yang tinggi tu sumbang betul. Kena belajar lagi ni.
11. Toi
Persembahan yang biasa.
12. Naim
Persembahan yang biasa dan biasa je lah.
13. Ika
What a waste time!
Kali ni Fauziah Ahmad Daud tidak ada dan digantikan oleh Adlin Aman Ramli. Aku rasa kritikan Adlin kali ni aku boleh faham daripada kritikan Fauziah Ahmad Daud. Seorang lagi pengkritik jemputan ialah Aidit Alfian.
Persembahan akhir iaitu Menuju Puncak kali ni lebih baik daripada minggu lalu daripada segi tarian (aku tak tengok masa Stanley dan Riz jatuh). Lebih sharp cuma nyanyian miming pula. Untuk mencantikkan lagi persembahan jadi pelajar-pelajar cuma tumpukan pada tarian saja. Yalah, pelajar-pelajar kan baru 2 minggu belajar, masih baru, masih gementar, masih belum cukup confident... masih.... masih... bla bla bla.
Keputusannya yang memang aku harap-harap, Ika pula meninggalkan akademi. Nampaknya penonton dah bijak menilai. Sama je macam keputusan pengkritik.
NotaHujungKaki : Ulasan di atas adalah berdasarkan pendapat peribadi sebab aku bukannya pengulas professional macam Sultan Muzaffar, Mr. Manager, Klubbkidd dan blogger-blogger hiburan lain. Peserta yang berjaya mencapai standard aku itulah yang teratas.
Credit : Gambar dari www.astro.com.my/akademifantasia
1 comment:
suka af ek? entah mengapa saya kurang sket. :p
Post a Comment