Friday, April 4, 2008

Anugerah Allah S.W.T.

"Ape ukul (pukul) akak?" kadang-kadang "Ape mayah (marah) akak?"




2 tahun 1 bulan. Makin bijak, makin keletah, makin manja. Itulah reaksinya bila mama atau ayah marah atau kadang-kadang geram sangat pukullah sikit kat tangan. Pukul-pukul manja. Otak dia sentiasa 'berjalan'. Ada saja pelajaran baru yang dia dapat setiap hari.



Kadang-kadang geram sangat dengan mulutnya yang macam bertih goreng. Pandai dah sikit baca 1, 2, 3 dan A, B, C. A jadi ayan (ayam), b jadi urung (burung), c jadi awan (cawan). Bila mama suruh baca 1, 2, 3, mama sebut 1 dia dah 2, 3... sampai sepuluh. Bila mama tengah cakap dengan ayah, dia marah sebab tak dengar dia cakap. Bila ayah peluk mama, pegang tangan mama, cium mama, dia pun marah kat ayah "Angan egang mama (Jangan pegang mama)!"



Bila dia tengah tidur, mama tenung, mama usap rambut, usap pipi sambil membisikkan kata-kata nasihat. Mama doakan yang baik-baik untuk dia. "Semoga kakak menjadi anak yang solehah, patuh pada ibu bapa dan ajaran agama Islam serta diterangkan hati untuk menerima pelajaran".



*'Dia' dalam posting ini adalah Nur Aina Qistina binti Khairol Hamdan. Buah hati aku dan Khairol.



NotaHujungKaki : Aku sedih dan kecewa kenapa masih ada lagi gejala-gejala pembuangan dan pembunuhan bayi di zaman yang bertamadun ini.

2 comments:

Notebooks said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Notebook, I hope you enjoy. The address is http://notebooks-brasil.blogspot.com. A hug.

TV Digital said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the TV Digital, I hope you enjoy. The address is http://tv-digital-brasil.blogspot.com. A hug.