Monday, March 24, 2008

Konsert Mingguan Akademi Fantasia Ke-6 Minggu Pertama

Demam Akademi Fantasia sudah bermula. Aku salah seorang daripada peminat yang menanti-nanti kemunculannya. Aku bukanlah seorang peminat fanatik cuma aku merasakan bahawa Akademi Fantasia ini sebuah rancangan yang orang luar boleh terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan rancangan ini. Oklah aku pun tak mahu ulas banyak-banyak dan di bawah ini adalah ulasan aku untuk setiap pelajar dan aku tulis mengikut ranking yang paling aku suka hingga yang paling aku tidak suka.



1. Nadia
Memang dia ni kecil-kecil cili padi. Badan kecil jer tapi suara besar ya amat. Aku harap dia akan konsisten sehingga ke final nanti. Harap-harap konsert-konsert yang akan datang dia dapat perform dengan baik walaupun lagu tu bukan 'makanan' dia.



2. Stanley

Dia ni memang bertuah sebab dikurniakan suara ala soprano ni. Suara-suara macam ni kalau dia betul-betul tau gunakan dan control boleh meremangkan bulu roma. Stanley hampir-hampir berjaya meremangkan bulu roma aku tapi part korus tu dia macam kureng sikit. Ada macam tersangkut jer.

3. Riz

Riz berjaya membawakan lagu penyanyi pujaanku ini dengan baik. Kiranya taklah menghampakan dan aku tak adalah rasa macam nak pergi sumbat je mulut dia dengan microfon hehe. Mungkin disebabkan dia ada pengalaman sebelum ni jadi nampak keyakinan dia.


4. Stacy
Stacy pun berjaya menghiburkan aku. Cuma aku rasa dia trying so hard untuk menyanyi seperti penyanyi asalnya Alicia Keys. Aku rasa kalau dia lebih bersahaja mesti dia di tangga teratas.




5. Saida
Aku suka cara penyampaian Saida. Cuma dia terlalu pemalu menjadikan persembahan dia macam serba tak kena. Aku harap dia dapat mengikis perasaan malunya itu dan dapat memberikan persembahan yang lebih mantap di konsert-konsert yang akan datang (I'm sure she's going to be on final).



6. Nubhan

Ya, suara Nubhan lain dari yang lain. Macam serak-serak basah tapi lunak. Lagu yang dipersembahkan pun memang kena dengan suara dia. Oklah untuk konsert yang pertama ini.


7. Rina

Sebuah persembahan yang biasa. Lagu ni mesti dah biasa dipersembahkan oleh Rina semasa dia bekerja. So, aku tunggu persembahan dia di konsert-konsert yang akan datang.



8. Yana
Bagi aku suara Yana ok tapi mungkin dia tak ada daya penarik atau x-factor. Jadi, orang yang menonton pun rasa bila persembahan seterusnya, dah tak ingat dah sebelum tu Yana yang nyanyi.


9. Alif
Alif pun ok cuma dia kena lebih banyak belajar lagi.




10. Lufya
Persembahan yang biasa dan suara yang biasa. Mungkin sebab lagu tak mencabar sangat vokal dia.




11. Toi
Suara Toi biasa-biasa aje. Aku tak tahulah apa yang pengkritik suka dengan persembahan dia cuma yalah dia confident.



12. Faisal

Aku still boleh terima persembahan dia sebab dia nyanyi lagu nasyid, hehe.


13. Ika
Apa keslah Ika ni. Mula-mula pilih lagu Umbrella padahal tak pernah nyanyi pun lagu tu cuma minat je. Bila tak boleh nak bawa merayu pada Pengetua nak tukar lagu lain. Nasib baiklah Pengetua baik hati. Katanya lagu yang selalu nyanyi masa masuk pertandingan lagu Kesetiaan. Hmmm... aku rasalah beri lagu apapun memang dia tak boleh bawa.... hancurrrr.



14. Naim

He is the worst! Aku pun tak tau Naim ni nyanyi lagu apa sebenarnya. Aku rasa kalau Hattan jadi Pengkritik malam tu mampus dia kena bambu. Naim kena banyak, banyak, banyak lagi belajar.


The last performance is Menuju Puncak. Berterabur. Nyanyian ke mana, tarian ke mana. Aku sampai tutup mata tak sampai hati nak tengok. Ya, ini minggu pertama. Pelajar-pelajar masih baru seminggu berlatih. Step tarian pun yang baru. Masih gementar. Yalah, dimaafkan (memang rakyat Malaysia ni pemurah, pemaaf, penyayang, pe... pe...).


Keputusannya, Yana terpaksa akur dengan undian penonton walaupun aku rasa ada orang yang lebih layak lagi untuk keluar dahulu sebab aku rasa vokal dan persembahannya masih boleh digilap.
NotaHujungKaki : Tak payahlah para pengkritik memanggil peserta-peserta mengikut umur, panggil nama saja sudahlah. Tak payahlah berkakak-kakak, beradik-adik, berabang-abang, bermakcik-makcik (emm... beza umur cuma 10 tahun lebih je... ke perasan muda lagi... aku kata ke sape ni ek).

No comments:

Share |