Tuesday, March 11, 2008

Kenduri Marathon

Pada 9 Mac yang lalu aku dan Khairol ada 4 jemputan ke kenduri kahwin. 2 jemputan daripada officemate aku, 1 jemputan daripada jiran kat kawasan taman rumah aku dan 1 lagi kawan mertua aku dan mertua aku wakilkan kepada kami. Jemputan daripada officemate aku tu dah mesti kena pergi. Jiran kat rumah aku tu pun mesti jugak kena pergi. So, aku dan Khairol buat keputusan pergi 3 buah rumah tersebut je yang rumah kawan mertua aku tu terpaksa dikecualikan.




Mula-mula marathon kami pergi kenduri kat taman rumah kami. Sebenarnya kami pun tak berapa kenal sangat sebab aku kan baru je pindah ke taman tu. Kebetulan Khairol jumpa emak kepada pengantin perempuan kat gerai berhampiran taman kami. Dia pun jemputlah ke kenduri rumah dia. Kebetulan catering kat kenduri tu kami kenal sangat, memang sedap nasi minyak dia. Aku pun makanlah beria lebih-lebih lagi tengah lapar.



Lepas kenduri tu kami bergegas ke rumah officemate aku yang pertama, Zareena. Dia ni sebenarnya bekas officemate. Masa kat ofis aku dia ni kerani sambilan tapi sekarang dah jadi PTD di sebuah Kementerian di Putrajaya. Memang bertuah betul dia. Besar-besaran betul kenduri dia. Sangat ramai orang sampai aku tak larat nak duduk lama-lama. Kat rumah Zareena ni pun nasi minyak dan lauk-pauknya pun sedap tapi terpaksa makan sikit sebab ada kenduri satu lagi. Lepas bersalam dengan Zareena kami pun beredar ke rumah officemate yang kedua, Syed Hanafi.



Pasal Syed nak kahwin ni ada cerita sebenarnya. Isteri Syed ni kerja satu jabatan juga dengan aku dan Syed cuma berlainan unit jer. Semua orang pun cakap isteri dia ni sosial sikit aku pun rasa macam tu juga. Khairol pun cakap macam tu dan kat luar isteri dia memang seksi. Apa pun kita tak boleh nak mengadili orang dari luaran je kan. Mungkin isteri dia ni sebenarnya ok dan kita tak tau. Walau bagaimanapun aku berdoa semoga perkahwinan Syed ni berkekalan hingga ke akhir hayat.



Oklah, aku dan Khairol sampai kat rumah Syed hampir pukul 3 petang. Qistina dah tidur sebab penat dan kekenyangan. Nasib baik si kembar ada ikut bolehlah tinggalkan dalam kereta sekejap. Kat rumah Syed lebih kepada lauk-pauk kampung. Makan jugalah sikit. Kemudian kami bergambar dengan pengantin.



Berakhirlah kenduri marathon kami pada hari tu. Balik je dari rumah Syed aku dan Khairol tertidur keletihan dan kekenyangan. Nak dijadikan cerita malamnya Khairol diserang sakit perut dan cirit-birit. Aku pun tak tau lauk apa yang buat dia sakit perut sebab aku tak rasa apa-apa pula. Mungkin antibodi aku kuat sikit daripada Khairol. Selamat Pengantin Baru buat Zareena dan suami serta Syed Hanafi dan isteri!



Zareena dan suami (kabur sebab ambil pakai handphone je)

Syed Hanafi dan isteri

No comments: