Tuesday, February 12, 2008

Dugaan

Salam diucapkan. Kita kadang-kadang langsung tak menduga kita akan dilanda musibah. Bila kita hidup dalam keadaan senang-lenang, gembira, segalanya lancar kita mudah lupa padaNya. Bila tiba-tiba masalah melanda barulah kita terkial-kial mencari penyelesaian dan barulah kita ingat pada Pencipta. Semalam keluarga belah Khairol telah menerima satu musibah yang maha berat, yang tidak pernah terduga oleh seluruh ahli keluarganya yang mereka akan didatangi oleh musibah tersebut. Aku turut menerima tempiasnya kerana Khairol memang memerlukan aku untuk menjadi seorang pendengar dan meredakan kekusutan yang dialaminya. Aku pun bila mendapat tahu akan musibah tersebut, terkelu sekejap lidah, otak pun tiba-tiba jadi kosong, apa yang berlaku sebenarnya? Mengapa perkara ni boleh terjadi?

Orang yang paling aku simpati ialah ayah mertua aku. Tak putus-putus dugaan melanda hidup dia. Walau bagaimanapun aku kagum dengan dia sebab dalam keadaan macam tu dia masih tenang, tabah dan menjadi ketua keluarga yang mempertahankan maruah keluarga. Aku dan Khairol sebenarnya memang marah pada penyebab musibah tersebut sebab dia hanya mementingkan diri sendiri. Dia tak ingat yang dia ada keluarga dan apa saja yang dia buat turut melibatkan keluarga dia tapi itulah perkara dah terjadi, nak marah beria-ia, nak tampar sepak terajang dia pun tak guna sebab bukannya boleh menterbalikkan keadaan. Apa yang boleh dibuat ialah mencari jalan penyelesaian agar musibah ini tidak berlarutan.

Alhamdulillah, sekarang ini jalan penyelesaian memang terbuka luas dan sedang dalam proses untuk membawanya ke titik noktah. Walau bagaimanapun perkara tersebut tidak akan lenyap begitu saja. Ia akan sentiasa menghantui fikiran ahli keluaga Khairol sepanjang hayat. Apa yang boleh dibuat ialah mengambil iktibar akan musibah yang melanda ini. Sentiasa ingat pada yang Satu kerana sesungguhnya Dia yang maha mengetahui akan segala hal. Aku amat berharap kejadian ini akan menjadi satu pengajaran yang amat berguna kepada seluruh ahli keluarga Khairol terutama kepada penyebab musibah tersebut. Aku juga berdoa agar Allah S.W.T. mempermudahkan urusan kami untuk menuju ke jalan penyelesaian. Wassalam.

1 comment:

yada said...

kak.. nape tuh? sound serious duh... aha akak salah sms eh aritu pasal umah..kot la nak send kat org len kot.. takde credit nak msg balik... ;)

Share |