Thursday, January 31, 2008

Student - Part 3 - Episod Terakhir

Assalamualaikum w.b.t.,

Sebelum aku sambung kisah masa student dulu aku nak buat pembetulan sikit pasal posting aku mengenai Anugerah Juara Lagu. Pemenangnya ialah kumpulan Estranged bukan Estrange.

Baiklah aku nak sambung cerita aku masa di ITM Jengka. Memang banyak betul kenangan aku kat situ. Yang paling tak boleh lupa ialah bilik aku di A4-20. Walaupun tingkat 4 tapi bilik tulah paling best sekali. Geng-geng aku kebanyakannya sama floor cuma seorang dua je di blok lain. Banyak lagi tempat kenangan seperti Taman Tenet heheh.... taman tu sebenarnya nama lain tapi kami gelar Taman Tenet sebab yang selalu duduk kat situ selalunya couple yang tengah bercinta termasuklah aku oppss..., cafe tempat kami makan-makan kalau dah jemu lauk kat Dewan Makan... Dewan Makan yang mengajar aku bersyukur dengan apa yang ada. Kadang-kadang lauk yang dimasak sedap juga... Pasaraya Sapak yang menjadi tempat shopping kami..., Pasar Malam Bandar Jengka, memperkenalkan aku dengan nasi kerabu, coconut shake, rangka ayam serta baju bundle... ITM Jengka itu sendiri yang mengajar aku berdikari, hidup perlu berusaha.

Aku tak pernah cerita dengan orang walaupun keluarga aku sendiri, aku memang struggle hidup di ITM Jengka. Masa aku di sem 1 aku dikejutkan dengan berita atuk aku (sekarang dah arwah) kena stroke. Langsung tak boleh buat kerja apa sebab arwahlah yang menanggung aku selama ini. Selepas daripada itu, aku ditanggung oleh abah aku sebanyak RM100 sebulan. Bayangkan aku kena pandai berberlanja dengan RM100 tu untuk sebulan tapi masa tu yuran nak masuk ITM murah seratus lebih je kena bayar untuk setiap semester. Mula-mula tu memang tertekan tapi lama-lama aku belajar terima kenyataan.

Aku habis belajar bulan April 1999 dan selepas tu aku sambung praktikal selama 2 bulan. Dah 8 tahun aku tinggalkan ITM Jengka. Masa aku pregnant dulu ada aku ajak Khairol pergi Jengka saja nak tengok ITM, rasa rindu pulak. Dah banyak berubah, banyak bangunan baru, dah makin besar cuma blok hostel aku je masih macam dulu. Geng-geng aku tu pun dah lama tak jumpa tapi masih lagi berhubung. Ada dalam tahun 2003 kami buat reunion di Melaka, itulah kali terakhir kami jumpa ramai-ramai lepas tu semua bawa diri. Yus dah kahwin - 2 orang anak, Paed dah kahwin - 2 orang anak, Zack dah kahwin - 2 orang anak (aku agaklah), Oja dah kahwin - 2 orang juga kot hehe..., Sal pun nak masuk 2 orang anak, Ulin dah 2 orang anak, Liza dah kahwin tapi aku tak pasti berapa orang anak dia, Eza baru kahwin tahun lepas, aku pergi, CC pun baru kahwin bulan 12 yang lalu tapi tak jemput aku (sedih tau), tinggal Ida dengan Kak Zura tak kahwin lagi.

Berakhirlah cerita aku masa jadi student dulu. Ada lagi kenangan masa tu tapi aku rasa tak payahlah cerita kat sini. Cukuplah aku seorang yang tahu. Bagi aku, hargailah setiap masa yang kita lalui kerana dengan itu kita takkan menyesal bila kita kenangkan kembali. Wassalam.

1 comment:

en_me said...

nasi kerabu jengka tewww..

Share |