Assalamualaikum w.b.t.,
Aku nak sambung cerita masa aku belajar di ITM Jengka dulu. Alhamdulillah gred aku bagus dan melayakkan aku untuk naik ke Semester 1 Kursus Diploma Sains Kesetiausahaan (sekarang ni dah takde course ni, dah di upgrade ke Fakulti Pengurusan Pejabat). Alhamdulillah juga room mate aku tetap sama masa aku di pre dip dulu dan bilik juga sama di A4-20. Bukan apa bila masing-masing dah kenal senang sikit kan takyahlah nak berkenal-kenalan lagi.
Di semester pertama ni aku mula belajar shorthand (tulisan cam cacing). Mula-mula belajar rasa cam susah tapi lama-lama seronok pulak. Bila dah mahir tu laju je ambil shorthand. Lain-lain subjek yang aku belajar sem 1 ni Bahasa Melayu Perdagangan & Terjemahan 1, Introduction To Business, Typing 1, Pendidikan Islam 1 dan English. Masa badge aku ni, dalam course aku semuanya student perempuan. Ada lelaki seorang tapi dia tukar course. Senior-senior aku ramailah lelaki. Ada seorang senior aku ni orang terkenal iaitu Siti Khatijah @ Colleen, Dewi Remaja tahun bila aku tak ingat, model dan pelakon. Tengok live dia ni memang cantik. Orangnya pun baik je, low profile. Badge aku pun ada seorang model, Sharifah Sharmilla @ Sheila. Dia top 3 Dewi Remaja peringkat bulanan je. Masa sem 1 ni biasa je live aku kat ITM Jengka ni. Baru nak menyesuaikan diri dengan suasana pembelajarannya. Alhamdulillah GPA aku pun ok 3 pointer ke atas.
Lupa pulak aku nak cerita pasal ITM Jengka ni. ITM ni memang di pedalaman sikit tapi still ada jalan perhubungan lagi. Bandarnya tak adalah besar sangat, cam pekan koboi je. Tempat shopping yang paling besar pun Pasaraya Sapak (kami panggil Saparkson heheh). Pasaraya tulah yang jadi tumpuan student-student ITM. Satu lagi pasar malam setiap hari Sabtu. Pasar malam nilah yang memperkenalkan aku dengan coconut shake, nasi kerabu dan ayam jurassic (ayam rangka yang digoreng). Student-student yang ada couple tu, masa nilah nak berjalan dengan buah hati. Itu jelah yang best di bandar Jengka. Kalau student dari KL, petang Jumaat tu dah lari balik KL. Aku walaupun dekat nak balik tapi jarang juga balik ke Kuantan. Bukan apa aku malas nak berdiri dalam bas selama 2 jam (kadang-kadang 2 1/2 jam). Bas ke Kuantan memang selalu penuh lebih-lebih lagi hujung minggu sebab basnya jenis bas lompat-lompat.
Di sem 2 aku masih lagi dengan di bilik yang sama tapi room mate dah bertukar. CC telah berpindah ke bilik lain dan digantikan dengan room mate yang baru iaitu Faezah @ Paed dari Muar. Aku ada geng aku sendiri iaitu room mate aku, Yus, Kak Zura, Paed, CC, Nor Ezadatul Fazlina @ Eza @ Kurt, Zetty Nor Safina @ Zack, Nor Zahariah @ Oja, Rosidah @ Ida, Nurazlina @ Ulin, Norliza @ Liza dan Siti Salmah @ Sal. Kami semua ada 12 orang tapi aku paling rapat sekali dengan Yus. Sem 2 ni memang menyeronokkan. Yang paling best sekali GPA aku sem 2 ni melayakkan aku menerima Anugerah Dekan. Anugerah Dekan ni untuk GPA 3.5 ke atas.
Sem 3 aku terpaksa tukar bilik ke C1 tak ingatlah no. bilik berapa. Boring je kitorang. Yelah jauh sikit kalau nak pergi kelas tapi pergi dewan makan dekatlah. Sem 3 ni aku aktif sikit beriadah. Petang-petang selalunya aku pergi jogging, kadang-kadang dengan Sal, kadang-kadang seorang jer. Pernahlah aku masuk merentas desa, dapat tempat ke-2 hehe kuat juga aku masa tu tapi sekarang kalau suruh aku berlari 10 minit je dah semput. Sem 3 ni juga aku dapat Anugerah Dekan.
Sem 4 adalah sem terakhir aku kat ITM. Sem 4 ni aku dapat balik duduk kat bilik lama di A420 dan room mate aku bertukar lagi. Kali ni Kak Zura keluar dan Ida masuk. Kak Zura pindah ke bilik Zack dan Oja serta seorang junior. Aku dan Yus je tak berpisah dari pre dip sampai ke sem 4 ni. Apa yang bestnya aku dah jadi senior! Ada can buli junior-junior baru, hehe. Di Sem 4 ni juga aku mengalami cinta pertama. Walau bagaimanapun, kami tak ada jodoh. Perhubungan kami cuma bertahan selama 5 tahun je. Apa-apapun sekarang ni aku bahagia dengan Khairol dan buah hati kami Qistina. Sem 4 ni juga badge aku menjalani praktikal dalaman. Aku dapat di Pejabat Pengurusan Ladang heheh, kebetulan sungguh sebab 'orang tu' pun ambil Kursus Pengurusan Ladang. Praktikal ni selama seminggu je sebagai latihan sebelum praktikal sebenar nanti.
Akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian aku dengan keputusan cemerlang. Cuma aku perlu menjalani Latihan Praktikal je lagi di PASDEC. Sedih betul masa hari-hari terakhir aku kat sana terutama dengan geng-geng aku. Lepas ni jaranglah kami berjumpa. Paling sedih sekali dengan Yus lah sebab kami berdua dari pre dip sampai sem 4 satu bilik. Aku dah anggap dia cam adik sendiri. Banyak betul kenangan aku di ITM Jengka. Kat situlah banyak memberi aku pengalaman dan pengajaran. Ikatan antara kami 12 orang memang erat. 2 kali aku merasa berpuasa di hostel. Saat-saat yang menyeronokkan bila kami berbuka beramai-ramai. Bilik aku lah jadi tempat berbukanya. Kami buat giliran iaitu kami pecahkan kepada 2 group, 1 group beli kuih ke apa-apa kat luar dan 1 group lagi ambil makanan di dewan makan. Gilir-gilirlah antara 2 group ni.
Cukuplah dulu setakat ni. Nanti aku sambung di posting seterusnya. Wassalam.
No comments:
Post a Comment