Wednesday, January 16, 2008

Student - Part 3 - Episod 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ermm... antara kenangan aku sebagai student yang paling best ialah semasa aku di universiti. Aku rasalah kalau ada mesin Back To The Future tu aku nak kembali ke zaman tu lah. Masa nilah aku belajar berdikari, kenal siapa kawan yang baik dan yang bertalam dua muka, kenal makna cinta... ok... ow... hehe dan macam-macam lagilah.

Selepas aku dapat result SPM aku dan rakan-rakan yang lain pun sibuk lah isi borang untuk ke universiti dan sebagainyalah. Waktu tu yang famous of course lah ITM (sekarang ni dikenali sebagai UiTM). Mungkin tak ada rezeki aku masa tu satupun yang aku apply tak dapat. Rakan-rakan aku yang lain ramai dah jadi budak kolej macam Zahrul, Wan Zaitun dan Zalipah mereka masa tu mohon ke Pra Sains. Adalah 2 kali lagi aku cuba apply tapi still tak dapat. Lepas tu aku stop apply dan cari kerja.

Dalam masa 2 tahun sempatlah aku kerja di 2 tempat iaitu first aku kerja di kedai pakaian bersama dengan Nurhamazidah. Kerja kat situ adalah lebih kurang 6 bulan lepas tu aku berhenti. Lepas tu aku kerja di sebuah kedai menjual alat-alat untuk pertanian seperti racun dan baja. Kat sini lamalah juga aku kerja dan aku jadi orang kepercayaan bos kedai tu. Masa aku nak berhenti sedih jugaklah dia sebab susah nak cari orang kerja kat situ. Masa ni aku apply lagi ke ITM dan aku mohon Kursus Diploma Kesetiausahaan yang dicadangkan oleh kakak aku sebab dulu dia pun ambil course tu. Lepas aku berhenti dari kedai tu aku belajar komputer. Memang sedang elok aku habis je belajar komputer tawaran pun sampai dari ITM yang permohonan aku diluluskan. Aku diarahkan ke ITM Jengka, Pahang. Memang seronok betul masa tu tapi time aku masuk tu Zahrul, Wan Zaitun dan Zalipah dah keluar dari situ sebab mereka sambung belajar ke ITM Shah Alam.

Disember 1999 bermulalah kehidupan aku sebagai budak kolej. Walau bagaimanapun untuk 5 bulan pertama aku di pra diploma iaitu kami dikehendaki belajar Bahasa Inggeris dahulu. Jika credit aku bagus masa pra ni barulah aku boleh naik ke Semester 1. Masa pra diploma ni aku sebilik seramai 4 orang dengan Yuslinah aka Yus dari Klang, Selangor, Norirmawanis aka CC dari Batu Pahat, Johor dan Azura aka Kak Zura dari Sentul, Kuala Lumpur. Aku di sini diorang panggil Az sebab ramai sangat nama Ina.

Oklah, aku berhenti di sini dulu sebab banyak lagi yang aku nak cerita. Aku nak pergi sambung kerja lak. Wassalam.

No comments:

Share |