Tuesday, January 15, 2008

Student - Part 1

Assalamualaikum w.b.t. and salam sejahtera,

Bila duduk sorang2 kadang-kadang kenangan lama datang bertandang... chehwah... hehe. Sebenarnya aku nak cerita tentang kenangan aku masa jadi student dulu. Cerita aku ni aku bahagikan kepada 3 part iaitu masa aku di sekolah rendah, sekolah menengah dan di universiti.

Jadi di part 1 ni aku nak cerita la masa aku di sekolah rendah. Dari Darjah 1 hingga 6 aku bersekolah di Sekolah Rendah Permatang Badak, Kuantan, Pahang. Masa aku Darjah 1 hingga 2 tak silap akulah, aku berjalan kaki dari rumah ke sekolah, iaitu kira-kira 2 km. Aku ingat lagi aku jalan kaki tu ditemani oleh arwah nenek @ mak yang meninggal dunia bulan sept tahun lepas. Ada satu hari arwah hantar aku tapi di pertengahan jalan ada seorang hamba Allah ni berkereta, dia berhentilah nak tolong hantar aku. Mula-mula arwah tak bagi ye lar risau jugakkan takut bawa lari tapi orang tu beria-ia meyakinkan arwah. Arwah pun dengan berat hati suruhlah aku naik kereta tu tapi aku kira bernasib baiklah sebab memang orang tu ikhlas nak bantu jadi aku dihantar sampai ke sekolah dengan selamat. Kalau orang tu berniat buruk mungkinlah aku tak jadi macam sekarang ni. Apa yang aku paling touching sekali, agaknya arwah risau takut orang tu bawa lari aku, arwah tetap berjalan sampai sekolah nak tengok aku ni selamat sampai ke tak. Itulah memori yang paling aku tak boleh lupa.

Bila aku naik Darjah 3, aku diberikan sebuah basikal. Masa ni aku dah ada best friend, Liza namanya. Sampai sekarang ni kami masih jadi kawan baik cuma dah lama aku tak contact dia pada hal masih di tempat yang sama. Rumah dia dekat je dengan rumah aku. Jadi hari-hari kami berbasikal bersama ke sekolah. Walau bagaimanapun di sekolah kami berlainan kelas. Di kelas, aku ada kawan baik juga. Antaranya Zuraida (dah kahwin dan sekarang menetap di Melaka), Marissa Adah (dah kahwin juga dengan pemain bola sepak, tak tau kat mana dia duduk sekarang) dan Masziana (dah kahwin dan sekarang menetap di Perak sebagai guru).

Masa aku di Darjah 6, kawan baik aku bertambah. Masa ni guru kelas aku perempuan namanya Cikgu Norzihan. Best sangat dia ni. Walaupun dia tegas tapi baik sangat. Kadang-kadang kalau kami buat salah, dia akan hukum tapi kami tak kisah pun sebab kami rasa memang patut pun kami dihukum dan hukuman dia tu buat kami beringat agar tak buat salah lagi. Masa ni Masziana dah bertukar ke Perak. Zuraida still kawan aku cuma berlainan kelas. Marissa aku tak berapa ingat la pulak. Liza pun kelas lain. Antara kawan-kawan di kelas 6 Arif ialah Noor Fazian Dollah, Tg. Noraziru, Norhamisham, Normasita, Akizu Roslan, Rushdi dan Muzaffar. Tahun ni juga 1989, aku menghadapi peperiksaan besar untuk pertama kali iaitu UPSR. Alhamdulillah, aku berjaya mendapat 5A. Walau bagaimanapun aku tak memohon ke mana-mana sekolah berasrama.

Cikgu Norzihan buat planning untuk meraikan hari perpisahan kami di luar sekolah. Jadi, pada hari terakhir persekolahan kami telah pergi ke Pantai Batu Hitam untuk celebrate. Best sangat masa tu. Macam-macam game yang kami buat. Masa last sekali masing-masing nak balik, kami telah bertukar-tukar hadiah. Seronok sangat masa tu dan dalam pada masa yang sama sedih juga sebab tak tau lah lepas tu akan jumpa lagi ke tak.

Antara kenangan yang aku ingat, aku pernah masuk kumpulan koir semasa Darjah 5 sempena Hari Pergigian tak silap. Kami buat persembahan di Sekolah Menengah Teknik, Alor Akar, Kuantan. Masa aku Darjah 6 aku jadi Pengawas Pusat Sumber. Pernah ada Cikgu English yang paling garang. Bukan garang sikit-sikit, garang banyak. Tapi apa yang tak bestnya tak banyak gambar yang boleh dibuat kenangan. Ye lah masa tu bukan macam zaman sekarang ni boleh ambil gambar bila-bila masa. Pakai h/p pun boleh.

Oklah ini sedikit sebanyak cerita kenangan masa di sekolah rendah. Aku akan sambung lagi di Part 2 iaitu semasa di sekolah menengah pula. Wassalam.

10 comments:

Anonymous said...

Salam Azlina... masa jamuan perpisahan 6 arif dulu tu saya ade rakam audio dia. Bagitau kalu nak.. Ketua kelas dulu Muazmi kan? Kalau awak masih ingat saya, saya yg dok jual nasik lemak dlm kelas masa tu. Penah ade affair ngan marissa dulu kih kih... berebut ngan azuanuddin mohd ali... apa lagi ek... ooo norfazian dollah kalu tak silap kita gelar dia susu kan coz suka minum susu... otai English sama cam Fadhil... otai math shahizah, masitah or maybe saya kot (perasan).. saya kalu ulang-alik pi sekolah selalu ngan Rusyday tu, dok bawak adik dia plak... kalu awak masih ingat time saya bersunat pegi gak kelas tambahan utk UPSR masa cuti, pakai kain pelikat, kalu tak silap Cikgu Zihan yg anjur... pastu si Noorfazian Dollah tu dok sibuk nak tgk... hmmm kenangan menusuk jiwa...

member2 yg saya still ingat lagi Rushday, Muzaffar, Akizu Ruslan Abdullah, Syukri, Zakaria Alias, Fazros, Khairul Azwan Awang, Azuanuddin Mohd Ali, Rafidzal, Yusaimi, Syeikh Mohd Rizal Syeikh Karim, Zuhaimi, Zuraida (umah dia sebelah umah Syukri), Nurul Huda (student paling tinggi), Norhayati Hussin, Zalifah, Maziana, Marissa Adah Anas (dok depan umah je kat permatang badak)...

K... jupe lagi...

-- rafizi kajang selangor

Jemi said...

akizuruslan ni penah sekolah kt SM Sains Tengku Abdullah, Raub ke...ada abg nama aki juga...aki apa tah...

Lina said...

jemi

sy x sure lar lps tu dia sambung sek kat mana sbb abis darjah 6 lost contact...tp kalau dia org kuantan betullah agaknya...naper jemi ni 1 sek dgn dia ker

Unknown said...

Ye...betul la tu...my hp no 0123162379...

Unknown said...

Ye...betul la tu...my hp no 0123162379...

Unknown said...

Assalamualaikum...kebanyakan nama yg disebut majoriti saya masih ingat....kwn2 ingat lg tak saya? saya suzana harun...tapi saya dah lupa saya kelas apa masa darjah 6.....he3...mak saya meninggal masa kita akhir thn darjah 4...teringat betul saya ke akizuruslan...lost contact....

Meow said...

Akizu... Cer nyanyi sket Right Here Waiting...

Unknown said...

Mana boleh lupa Kak Nek Si Tinggi Lampai šŸ˜

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Woiiii...bila pulak aku ada berebut Marissa dgn ko??? Pandai² je ko Fizi🤣🤣🤣 adoii..parah nii...parahhh🤣🤣

Share |