Wednesday, January 2, 2008

Happy New Year!

Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2008 kepada semua. Sekejap saja masa berlalu. Aku rasa baru je kita masuk ke abad baru 2000 sekarang ni dah 8 tahun 7 tahun berlalu di abad baru ni.

Apa yang aku buat cuti tahun baru ni yer? Sebenarnya aku dah apply cuti pada 31hb yang lalu. Jadi kiranya hari Jumaat 28hb la aku last kerja sebelum cuti. Nak dijadikan cerita malam Jumaat tu aku diserang senak di ulu hati, angin la tu. Punyalah sakit sampai aku tak boleh tidur. Oleh sebab itu, aku pun terpaksa mc hari Jumaat tu. Bertambah 1 hari cuti aku tapi risau jugak sebab banyak kerja kat ofis tak setel lagi. Nasib baik bos aku bertimbang rasa ye lar sebab aku memang tak boleh nak bangun. Alhamdulillah petang Jumaat tu aku dah beransur baik. Masa pergi klinik doktor pun beritahu la pantang larang yang aku tak boleh makan buat sementara waktu ni. Benda-benda masam, cili padi, teh, kopi dan nescafe aku tak boleh ambil.

Hari Sabtu 29hb aku dah sihat sikit jadi mentua aku ajak aku dan Khairol pergi Pekan ke rumah Mak Ngah Khairol sambil melihat-lihat keadaan selepas banjir. Terpaksalah kami pergi padahal aku dan Khairol dah plan nak kemas rumah sebab nak pindah. Sepanjang perjalanan dari Kuantan ke Pekan kami pun tengok kesan-kesan banjir. Ada di satu kawasan tu, kat dinding rumah boleh tengok kesan air lagi beberapa inci nak cecah bumbung. Bila dah sampai Pekan kami jalan-jalan kat bandar Pekan. Teruk juga sebab dalam bandar pun air dekat 1 meter. Tinggi juga air Sungai Pahang naik. Sampai kat rumah Mak Ngah tengok Kak Lah dan Abang Isa pun ada dengan Kak Chik. Kak Yong tak ikut sebab sibuk cari kerja.

Sampai kat rumah Mak Ngah dah tengahari jadi kami pun terus makan tengahari. Sedap pulak lauk-lauk yang dimasak. Duduk-duduk dalam 2 jam kami pun balik. Kak Lah stay lagi 1 malam. Dalam perjalanan balik ke Kuantan kami singgah ke kebun ayah mertua aku kat Lamir. Kebun dia tepi sungai je jadi memang confirm kena banjir juga. Tengok kebun dia takdelah teruk sangat kesannya. Lepas tu kami singgah rumah Abang Long Aziz kat Taman Berjaya Permai sebab sehari sebelum tu kereta dia rosak jadi nak tengok dah ok ke tak keretanya. Abang Long tak ada kat rumah cuma Kak Ros dan Amrul je ada. Singgah sekejap je kat situ dan terus balik ke rumah.

Hari Ahad 30 dan 31hb aku dan Khairol pun mula mengemas sikit-sikit. Qistina aku tinggal kat rumah mertua aku sebab kalau dia ada memang tak boleh buat kerja sebab dia pun sibuk mengemas jugak. Petangnya aku dan Khairol ambil Qistina bawa berjalan-jalan. Bawa sekali anak-anak Abang Long, si kembar Najwa dan Najlaa dan Aiman. Sambil tu kami pergi beli lampu nak pasang kat rumah sewa kami nanti. Malamnya Tahun Baru aku dan Khairol tak buat apa-apa cuma tengok sambutan di TV je lar. Lagipun kat Kuantan tak buat apa-apa sambutan pun. Tak kisahlah sebab Pahang pun baru je lepas banjir besar baik duit untuk sambutan tu disalurkan ke mangsa-mangsa banjir.

1hb Januari 2008 ramai yang datang rumah tolong aku dan Khairol packing barang. Kak Lah dan anak-anaknya, mertua aku, juga si kembar dan Aiman. Siap-siap mengemas semua petang jugalah. Aku dan Khairol pun balik rumah mertua aku sebab nak tidur kat situ.

Inilah aktiviti-aktiviti aku sepanjang cuti Tahun Baru ni. Aku sebenarnya dah tak sabar nak pindah ke rumah sewa yang baru. Insya-Allah lagi 2 minggu aku akan pindah. Wassalam.

1 comment:

yada said...

huhu kene senak ulu ati ek? aritu mak kene terok gile2 smpi amik injection kat klinik.. n tatau nak cakap.. smpi nak pengsan2

Share |