Monday, January 28, 2008

Anugerah Juara Lagu Yang Ke-22

Assalamualaikum w.b.t.,




Malam kelmarin telah berlangsungnya Anugerah Juara Lagu Yang Ke-22 dengan penuh gemilang dengan temanya Keajaiban Muzik. Walau bagaimanapun aku rasa persembahan pembukaan dan persembahan selingan tidak berapa umpphh! Bukan aku nak kata yang penyanyi-penyanyi yang dijemput tidak bagus tapi kalau nak menepati tema Keajaiban Muzik patut lebih daripada itu. Aku rasa pihak penerbit patut memikirkan untuk menggarap apa itu yang dikatakan Keajaiban Muzik itu. Apa yang muzik boleh buat dan sumbangkan kepada kita amnya. Ini pendapat aku lah sebab kalau sekadar nyanyian oleh penyanyi terkenal tu dah biasa sangat.



Oklah berbalik kepada anugerah tersebut aku cukup berpuas hati dengan pemenang bagi Juara Lagu musim ini. Walaupun aku target utama aku ialah lagu Ceritera Cinta ataupun Mahakarya Cinta tapi Itu Kamu masih dalam list target juara. Lagu Itu Kamu oleh Estrange itu memang best dan menepati cita rasa muzik masa kini. Aku rasa semua orang pun tak sangka lagu tersebut boleh menang sebab kalau diikutkan sejarah Juara Lagu sebelum ini memang kategori Balada yang memonopoli. Ingat lagi masa lagu Keliru dari kategori Pop Rock menang, punyalah ramai yang mempertikaikan kemenangan tersebut. Walau apa pun secara keseluruhan aku terhibur dengan persembahan yang dipersembahan oleh semua finalis. Susunan muzik, bunyi pun gempak, tahniahlah kepada Ramli MS.



Di sini aku letakkan ranking persembahan favourite aku:-


1. Destinasi Cinta - Dato' Siti Nurhaliza
Satu persembahan yang mantap, aku suka koreografi yang dipersembahkan. Siti pun nampak cantik je menari. Cuma kalau bendera-bendera tu tak ada, ia tak mencacatkan langsung persembahan.

2. Ceritera Cinta - Jaclyn Victor & Lah VE
Persembahan ini terletak kepada vocal kedua-dua penyanyi. Ditambah pula dengan lagu yang cukup indah rasa cam dibuai-buai je. Aku memang suka bangat pada lagu ini hehe.

3. Kasih Tercipta - Bob
Walaupun bukan Faizal Tahir yang nyanyikan lagu ini tapi di tangan Bob persembahannya tidak langsung mengecewakan. Lontaran suara yang jelas dan mantap membuatkan aku target vokal terbaik akan menjadi milik Bob. Satu lagi lagu cinta yang aku suka bangat.

4. Itu Kamu - Estrange
Persembahan yang membangkitkan rasa inilah muzik hehe. Tidak perlu terlalu beria-ia dan bukan juga terlalu biasa. Kepala pun automatik bergerak mengikut alunan muzik.

5. Izinkan Ku Pergi - Sahri
Persembahan inipun tertumpu kepada vokal Sahri. Rasanya tak perlulah tukang baca sajak dan penari tu. Tak ada pun tak apa. Tak beri perhatian langsung pun kat diorang cuma tumpu pada Sahri je.

6. Sembunyi - Misha Omar & Andy Flop Poppy
Persembahan yang selamba dan tumpu pada lagu Sembunyi je yang sedap didengar.

7. Mahakarya Cinta - Fiq
Lagu ni best cuma nyanyian Fiq kureng sikit. Takdelah nak suruh sama cam Faizal Tahir tapi memang ada kureng sikitlah. Biasa je.

8. Angan dan Sedar - Mawi
Persembahan Mawi ni pun biasa je cuma ada magic la sikit. Penari budak-budak tu pun dah biasa penyanyi lain buat.

9. Harapan - Fazli Zainal
Persembahan cam Hazami la pulak. Aku rasa kalau Fazli nyanyi sorang lagi baik. Ataupun tak payahlah panggil koir.

10. Samudera - Nora
Suara Nora memang sedap dan lagu Samudera ni pun best tapi tak taulah aku rasa biasa je persembahan dia. Tak ada magic pun.

11. Kasihnya Balqis - Aishah
Tak tau nak ulas camne sebab takde apa-apa yang menarik cuma suaranya memang best dari dulu.

12. Janjiku - Sofaz
Persembahan cam kat konsert biasa.

13. Dirgahayu - Ramlah Ram
Ini pun bergantung pada suara.

14. Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) - Jinbara
Persembahan yang biasa dengar.



Ini pula ranking lagu favourite aku (bukan favourite jadi juara yer) :-



1. Ceritera Cinta
2. Kasih Tercipta
3. Itu Kamu
4. Harapan
5. Mahakarya Cinta
6. Izinkan Ku Pergi
7. Sembunyi
8. Destinasi Cinta
9. Samudera
10. Angan dan Sedar
11. Janjiku
12. Kasihnya Balqis
13. Dirgahayu
14. Farhana (Puteri Bumi Kenyalang)



Ini pula lagu yang aku target untuk jadi juara :-



1. Ceritera Cinta
2. Mahakarya Cinta
3. Itu Kamu



Untuk persembahan terbaik aku target Dato' Siti Nurhaliza dan vokal terbaik Bob tapi bukan rezeki mereka malam tu. Anyway tahniah la kepada semua yang bertanding kerana memberikan persembahan yang mantap dan menghiburkan. Wassalam.

Juara Anugerah Juara Lagu Ke-22 - Estrange

2 comments:

yada said...

oit...best gile estranged menang.. penyanyi dia mmg hot gile2! em yang vocal je la tak bape best sb mcm biase je jac n lah.. kureng skit.. tp yg lain pun takde yang best sangat... eh kak org ade survey package sume below 350 for single..okla kot eh.. inclusive of transpot sume... akak dah pegi kan?

yada said...

tioman eh i mean kat atas tu..hehe

Share |