Friday, December 7, 2007

Permata Hatiku

Nur Aina Qistina binti Khairol Hamdan selamat dilahirkan ke dunia tepat jam 12:03 pagi pada 7 Mac 2006 iaitu hari Selasa selepas kira-kira 9 bulan aku dan Khairol diijabkabulkan pada 3 Jun 2005. Posting ni aku taip untuk mengimbau kenangan semenjak Qistina dilahirkan.




Kira-kira sebulan selepas aku dan Khairol dinikahkan, aku disahkan hamil. Aku rasa selepas kami balik dari bulan madu, perut aku dah ada isi. Orang tua-tua kata bunting pelamin. Sepanjang mengandungkan Qistina tiada masalah apa-apa cuma aku mengalami morning sickness sepanjang 3 bulan pertama dan juga aku tak boleh bau sebarang makanan contohnya bau nasi yang baru masak. Lepas 3 bulan aku dah ok, makan pun laju semacam je. Apa yang aku ngidam masa ngandung alhamdulillah semua aku dapat kecuali ada sekali tu aku nak makan nasi ayam tapi di kedai yang aku selalu makan nasi ayam masa sebelum kahwin dulu. Masa tu aku kerja di syarikat swasta bukan di tempat aku kerja sekarang ni. Cari punya cari kedai tu dah tak ada, tak tau sama ada dah pindah atau dah tutup. Dapat juga makan nasi ayam tapi nasi ayam lain la. Itu je yang kurang rasanya.



Aku dijadualkan bersalin pada 8 Mac 2006. Aku dan Khairol dah booking tempat aku nak bersalin di sebuah hospital swasta. Bukan taknak pergi hospital kerajaan tapi Khairol kiranya nak yang terbaik buat aku, aku ikut aje sebab dia yang nak bayar kan heheh. Lagipun Kak Ros isteri Abang Long Aziz dan Kak Lah pun bersalin kat situ.



So, sekarang aku nak cerita pulak detik-detik aku nak melahirkan Qistina. Pada 4 Mac 2007 hari Sabtu, aku pergi ke ofis sebab kan dah dekat dah due aku jadi aku pun mengemas meja aku dan siapkan kerja-kerja apa yang patut. Aku taknaklah staf yang ganti aku nanti tak tau apa nak buat dan kelam kabut bila aku cuti bersalin nanti. Masa nak keluar dari ofis aku pergi toilet sebab aku rasa semacam je. Aku cek ada darah keluar dah sikit. Doktor ada pesan tanda-tanda nak bersalin sama ada pecah air ketuban atau ada darah keluar. Aku tak ada lah pergi terus hospital sebab aku tak adalah rasa apa, sakit pun tak. Jadi, tengah hari tu aku boleh lagi pergi kenduri kahwin officemate Khairol dan juga kenduri kahwin kat rumah saudara abah mertua aku.



Balik dari kenduri tu lah baru aku bagitau Khairol yang aku dah keluar darah. Khairol pun bawa aku pergi hospital tu. Doktor cek dia kata bukaan tak besar lagi baru kira-kira 1 cm jadi doktor suruh la balik dulu. Dia kata bila dah sakit-sakit baru datang semula. Jadi aku pun baliklah. Masa ni aku duduk umah mertua aku sebab dekat sikit nak ke bandar. Ramai dah orang kat umah dengan Kak Lahnya, Abang Long Aziz. Kak Ros bagi aku minum air yang direndam dengan bunga apa ntah aku pun tak ingat. Dia kata nanti cepat sikit bukaan tu. Masa aku duk kat umah dah rasa dah kontraksi setiap beberapa minit tapi ntah macam mana aku boleh tahan lagi.



Nak dijadikan cerita pada 6 Mac 2007 kami mendapat berita sedih, Pak Ngah iaitu abang kepada abah mertua aku meninggal dunia. Jadi, yang lain semua pergilah menziarah di Pekan. Tinggallah aku dan Khairol di rumah. Petang tu lepas semua dah balik dari menziarah, Kak Ros ternampak la ada seketul darah kat dalam bilik air. Dia tanyalah aku sama ada aku ada masuk bilik air tak sebelum dia. Aku kata ada jadi terus dia suruh siap-siap pergi hospital. Dia kata itu dah sampai masa. Aku admitted kira-kira pukul 9 malam. Bila doktor cek bukaan dah 9 cm dah besar dah. Doktor pun pecahkan air ketuban dan bermulalah sesi meneran tu. Sempat lagi aku suruh Khairol beli air susu coklat. Masa tu yang ada sama Kak Lah dan Kak Ros. Abah mertua aku pulak ada tunggu kat luar. Mulut aku masa tu tak henti-henti baca doa yang aku hafal dari buku persediaan masa mengandung. Memang takut tak usah nak cakaplah. Alhamdulillah selepas 2 jam aku bertarung nyawa, Qistina pun lahir dengan beratnya 2.7 kg. Doktor Razak yang menyambut tu cakap tali pusat dah terbelit kat leher dia. Lepas je Doktor Razak lepaskan tali pusat tu, bergemalah suara dia kat bilik tu sampai abah mertua aku kat luar pun dengar.



Aku masa tu tak tercakap apa, speechless. Kak Lah cium aku, Khairol pun cium aku. Tengok abah mertua aku masuk, dukung anak aku dan qamatkan. Sedar-sedar Doktor Razak dah siap jahit dan nurse suruh aku turun dari katil duduk kat kerusi roda nak hantar aku kat bilik. Abah mertua aku, Kak Lah dan Kak Ros duduk sekejap kat bilik, lepas tu diorang pun balik. Tinggal aku dan Khairol. Khairol aku tengok pun dah tak duduk diam, macam tak percaya dia dah ada anak. Berapa kali cium aku ucap terima kasih semua. Kelakar pulak aku tengok.



Aku discharge dari hospital tengah hari esoknya. Ramai dah menunggu kat rumah nak tengok ahli keluarga baru. Abah dan mak aku pagi hari berikutnya datang. Aku berpantang kat rumah mertua aku. Mula-mula tu gementar jugak ye lah kita ni baru nak kenal mertua tapi alhamdulillah segala-galanya lancar. Semua orang kata rupa Qistina macam rupa ayahnya. Cuma nasib baik warna kulit tak ikut sangat heheh. Yang paling aku suka bulu matanya, lentik! Tak tau la ikut sape sebab bulu mata aku dengan Khairol biasa je.



So, sekarang ni Qistina dah berusia 1 tahun 9 bulan. Dia dah menjadi buah hati semua orang sebab dalam keluarga belah Khairol dia yang paling kecil. Yang paling tatang dia siapa lagi kalau tak akinya iaitu abah mertua aku. Kalau Qistina demam la, terus suruh tidur rumah dia, kalau tak pun aku dengan Khairol yang kena marah sebab tak bagitau dia. Qistina sekarang ni pulak dah pandai, siapa-siapa je yang marah dia terus pergi ke aki dia mengadu. Aku dan Khairol memang tak boleh buat apa la kalau aki dia bersuara. Kalau Qistina minta dukung ke sanggup akinya ni dukung walaupun sebelum tu mengaduh sakit pinggang.



Dialah seorang sinar hidup aku. Malam kalau tidur dia tak ada terasa lain je macam ada kekurangan. Khairol pun sama, kalau dia terpaksa pergi outstation kalau boleh nak pergi balik hari je taknak bermalam. Bila nak tambah seorang lagi ye? Hehe insya-Allah kalau diberikan rezeki oleh Allah S.W.T. mungkin pada tahun depan. Buat Qistina @ Kakak, Mama doakan semoga Allah S.W.T. sentiasa memberkati hidup kakak di dunia dan di akhirat. Semoga menjadi anak yang solehah, taat pada agama, ibu bapa dan keluarga. I love you so much!!!

2 comments:

Anonymous said...

oit aritu tanye xperience taknak cite eh..ni siap cam dokumentari pasal org bersalin hehe...

Nana Rosli said...

qistana buah hati kak lina =)

Share |