Thursday, November 1, 2007

Port Dickson - Zoo Melaka - Raub - Part 2

Ok sambungan dari part 1. Kami tidur semalaman di rumah Pak Ngah. Oh ye, nak cite skit pasal Pak Ngah ni. Sebenarnya Pak Ngah ni bukan Pak Ngah sebenar kepada suami aku tapi Pak Ngah angkat. Walau bagaimanapun dah dianggap seperti keluarga sendiri. Begini kisahnya seperti yang aku tahu je lar. Masa pak mertua aku muda-muda dulu, pak mertua aku ni pesara bomba. Masa dia kerja bomba dulu penah kerja kat Bentong. Waktu tu suami aku Khairol tak lahir lagi. Cuma ada abang long aziz, Kak Lah dan Kak Esah kalau tak silap lar. Jadi, masa kat Bentong ni abang long aziz ni dijaga oleh seorang makcik ni iaitu mak kepada Pak Ngah. Makcik ni jaga abang long aziz ni macam cucu sendiri. Pak mertua aku ni pun rapat lar jugak dengan makcik dan anggap macam mak sendiri. Rentetan daripada itulah keluarga pak mertua aku memang rapat dengan keluarga makcik ni. Makcik ni pun ada lagi dan kami semua panggil dia tok dan dah berumur sangat. Kami pergi ke Raub pun sebab nak jumpa tok ni lar. Tok ni ada seorang lagi anak lelaki, abang kepada Pak Ngah tapi daripada apa yang aku dengar dia ni yang kami panggil Pak Long tak berapa mesra sangat. Anak-anak dia pun macam berlagak padahal takde lar kaya sangat. Yang paling menyakitkan hati anak-anak dia ni pegi minta duit lak dengan tok diorang. Tak ke bodoh namanya tu. Orang yang segar-bugar, boleh kerja minta duit dengan orang yang dah tak berdaya. Tok tu pun bukannya kaya, hidup dengan duit pencen suami yang tak seberapa jer cuma adalah tanah rumah tok sekarang seluas 2 ekar. Itupun kalau orang tanya tanah tu nanti nak bagi sape, tok akan cakap nak bagi ke abang long aziz. Tok ni memang sayang sangat dengan abang long aziz. Pak Ngah memang tak kisah sebab dia dah tau hati budi abang long aziz ni. Dia pun tak kisah pasal harta2 ni.

Ok berbalik kepada kisah percutian aku, panjang lak kisah Pak Ngah tu ek, hari Jumaat 19hb. Okt kitorang plan nak balik pagi, oh ye lupa lak nak cite yang pegi Raub ni 2 buah kereta, kereta aku dengan abang long aziz. Kak Lah dengan keluarganya tak ikut sebab nak balik awal ke Kuantan, ada hal. Ok, mula-mula nak balik pagi alih-alih petang baru balik. Balik dengan sebuah kereta je sebab abang long aziz nak stay lagi satu malam. Jadi, mertua aku kena naik kereta aku lar. Bayangkan kereta kancil aku kat tempat duduk belakang diduduki oleh 3 orang dewasa dan seorang budak umur 2 tahun. Dengan barang-barang lagi, punyalah sendat. Pak mertua aku kata bila dia keluar dari kereta rasa macam dah tak ada punggung hahahah. Kami sampai di rumah mertua aku pukul 9.30 malam. Letih tak boleh nak cakaplah.

Macam tu lah percutian aku selama 4 hari 3 malam. Seronok memang seronok tapi penat jugak. Nampak gayanya aku dan Khairol kena beli kereta yang besar lagi. Bukan apa aku tak tau lah kenapa setiap kali pergi berjalan ramai nak naik kereta aku. Aku pelik jugak sebab kereta masing-masing lagi besar tapi nak naik jugak kereta kancil aku yang cute ni. Mertua aku pun suka naik dengan kami. Tak tau lah kenapa mungkin sebab kami ni tak banyak kerenah kot.

Aku rasa percutian ni penutup untuk tahun 2007 ni. So, percutian yang seterusnya tahun depan lah. Dah ada dalam kepala aku perancangan ke mana tahun depan. Harap-harap jadilah kalau tak ada apa-apa halangan. Ok, post yang seterusnya nanti aku nak cerita pasal perkahwinan ofismate aku.

No comments:

Share |